Friday 15 November 2013

::: 81 Skim Perkhidmatan Ditambah Baik :::

Hah! Ingat tak lagi post aku pasal Bajet 2014  yang lepas???Kan aku nak cite skit pasal pekeliling2 yang akan keluarkan?so seperti yang telah diketahui umum...pekeliling tu pun telah dikeluarkan oleh JPA ---> SINI dalam 2 minggu yang lepas rasenye...Actually post ni dah lame dalam draft coz ade je gangguan utk aku completekan post kali ni..hehe

So kami disini sedang bertungkus lumus memahami isi kandungan pekeliling tersebut supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera...Jadi arini aku nak share beberapa perkara berdasarkan pemahaman yang telah dibuat (taklimat oleh pihak yang berkenaan masih belum ade lagi) untuk dikongsikan bersama (if ade maklumat yg salah tolong perbetulkan..kite sama2 blajar =) hehehe)

81 skim perkhidmatan ditambah baik

1) Di agensi aku tak semua jawatan yang dikeluarkan oleh JPA tu terlibat...so dalam 81 skim agensi aku yang terlibat hanyalah dalam belas2 skim perkhidmatan sahaja.

2) Mulai 1 November 2013 gred paling minimum adalah 11 (coz sebelum ni paling rendah adalah 1)

3) Jawatan yang melibatkan opsyen di agensi aku:
    - Pembantu Am Pejabat akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Operasi Gred N11
    - Pekerja Awam akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Awam Gred H11
    - Pemandu Kenderaan akan diberi opsyen untuk jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 
    - Pembantu Perawatan Kesihatan akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Perawatan 
      Kesihatan Gred U11
    - Pelukis Pelan (kejuruteraan awam/Seni Bina) akan diberi opsyen untuk jawatan Penolong
      Jurutera/Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 (sekiranya memenuhi syarat2 yang berkaitan)
    - Juruteknik (kejuruteraan/seni bina/ukur bahan) akan diberi opsyen untuk jawatan Penolong
      Jurutera/Penolong Pegawai Seni Bina/ Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (sekiranya
       memenuhi syarat2 yang berkaitan)
    - Juruteknik (Ukur/Landskap) akan diberi opsyen untuk jawatan Penolong Juruukur / Penolong 
       Arkitek Landskap Gred JA29 (sekiranya memenuhi syarat2 yang berkaitan)
    - Penjaga Jentera Elektrik akan diberi opsyen untuk jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J17
      (minimum)
    - Tukang akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Kemahiran Gred H17 (minimum)
    - Pegawai Kebudayaan / Ahli Fotografi / Jurusolek / Pereka akan diberi opsyen untuk jawatan  
      Pegawai Kebudayaan / Jurufotografi / Jurusolek / Pereka Gred B17 (minimum)

4) Penetapan Gaji Permulaan:
    - Di dalam opsyen yang diberi akan dinyatakan gaji yang akan ditawarkan. Prinsip gaji tersebut adalah
      berdasarkan gaji di jawatan asal. Sekiranya gaji tersebut lebih rendah dari gaji minimum jawatan baru,
      maka gaji yg akan ditawarkan adalah pada gaji minimum jawatan baru tadi. Jika sebaliknye, gaji yang
      akan ditawarkan adalah sama seperti gaji di jawatan asal. Mereka yang tidak memahami akan
      beranggapan setiap kali ada opsyen pasti ade kenaikan gaji..sebaik2nya bace pekeliling dulu dan jgn
      buat andaian sendiri..Mungkin ade yang naik dan mungkin juga ade yang maintain saja gajinye.
   - Bagi mereka yang opsyennya menjadi penolong (dgn kate lain kelayakan masuk diploma) maka gajinye
     ditetapkan mengikut gaji minimum kelayakan masuk diploma. Jika gaji jawatan asal lebih tinggi dari yang
      minimum (diploma) maka gajinye sama sahaja dengan jawatan yang asal.

5) Opsyen yang akan diberi tu akan ade 3 pilihan..samada terima tawaran, tolak tawaran ATAU nak tunggu
    dulu kenaikan pangkat secara time-based (PP8/2013) dan kemudian baru ditukarlantik..

So...itu la serba sedikit ringkasan/rumusan yang boleh aku buat untuk perkongsian kite..Nanti dah dipanggil taklimat mungkin aku lebih dapat pencerahan lagi..hehehe

Hah! ni la die pekeliling yang perlu aku bace & paham..huhu
Tengok kan rupe pekeliling kat atas tu??Fuh! buku Dr M in da house pun xhabis bace lagi huhu...tapi yang ni telah selesai dibaca! (memaksa bace pekeliling ni macam bace novel..tu yg habis tu..hehehe) Sepanjang membace tu muke aku ni berkerut2..sekejap2 tangan kat kepale...uish! nak memahamkan ayat2 pekeliling ni mmg payah (padahal Bahasa Melayu) hahaha..

Aku harap perkongsian ni sedikit sebanyak memberi input kepada mereka yang terlibat ataupun yang tak terlibat tapi saja2 nak melibatkan diri...hahahaha ayat apakah itu????=b

Daaaaa.....

No comments:

Post a Comment