Tuesday 19 November 2013

::: Isu 2 Kenaikan Gaji Tahunan :::

Hohohoho....arini, semalam dan untuk 2 minggu akan datang jadual ku sangat sibuk coz partner seangkatan sedang berkursus 2 minggu..so aku kena back up / cover kerja2 yang dulunya aku buat sendri..Tapi atas keprihatinan bos, mereka telah mencari partner untuk aku supaya workload aku tidak la terbeban sangat..orang cakap boleh la nak bernafas dengan sempurna...kalo tak nak curi nafas pun payah..hehehe...perumpamaan yang ntah hape2 kan?..hehehe..

Sekarang ni seperti yang penah aku cerita dulu..aku sibuk tgk gaji staf2 untuk persediaan bonus Januari 2014 nanti...dalam masa sama JPA plak dah keluarkan jadual gaji yang baru dan membatalkan jadual gaji yang lama..

Adakah situasi anda seperti gambaran di atas?atau sebaliknya?atau seadil2nya?
Secara kasarnya aku tgk gaji minimum yang dulunya ade 2 tempat perpuluhan tapi skang telah dibundarkan (so lebih mudah untuk org yang kejenye buat/kire gaji - macam aku le tu huhu)..Actually seronok tgk angka2 ni especially bile angka2 yang besar2 tu..mule le berangan "kalo la gaji aku banyak ni" hehehe

Selain itu, awal tahun aritu Kerajaan dah naikkan gaji maksimum sebanyak 3 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) untuk selesaikan org2 yang dah lama kat tangga gaji maksimum..Melalui pekeliling yang baru ni sekali lagi Kerajaan telah manambah baik jadual gaji tu dengan membuat penambahan lagi sebanyak 2 KGT..So mase heboh pasal opsyen2 aritu..ade yg kate akan dapat 2 KGT bile stuju opsyen..Opppsss!!! so di sini aku nak perbetulkan pemahaman tu...yg dimaksudkan kenaikan 2 KGT tu adalah untuk pekeliling gaji ni ---> PP 36/2013 Korang yang bekerja dgn Kerajaan/Swasta boleh tgk banyak mana la sgt gaji tu tapi kite harus bersyukur daripada xde gaji langsung kan? Sekurang2nya Kerajaan nak juga buat penambahbaikan dari semasa ke semasa daripada xbuat apa langsung! lagi makan hati tau! hehehe

Kesimpulannya pada mereka yang nak tau range gaji boleh la buat semakan pada pekeliling yang berkenaan..Ok la..aku nak sambung balik keje aku ni (menyelesaikan opsyen & perubahan gaji)..saje nak release sekejap dgn publish post ni...ape2 pun hidup kena bersyukur dengan apa yang ada & tingkatkan usaha untuk kemajuan yang lebih besar...

Daaaaa....

Friday 15 November 2013

::: 81 Skim Perkhidmatan Ditambah Baik :::

Hah! Ingat tak lagi post aku pasal Bajet 2014  yang lepas???Kan aku nak cite skit pasal pekeliling2 yang akan keluarkan?so seperti yang telah diketahui umum...pekeliling tu pun telah dikeluarkan oleh JPA ---> SINI dalam 2 minggu yang lepas rasenye...Actually post ni dah lame dalam draft coz ade je gangguan utk aku completekan post kali ni..hehe

So kami disini sedang bertungkus lumus memahami isi kandungan pekeliling tersebut supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera...Jadi arini aku nak share beberapa perkara berdasarkan pemahaman yang telah dibuat (taklimat oleh pihak yang berkenaan masih belum ade lagi) untuk dikongsikan bersama (if ade maklumat yg salah tolong perbetulkan..kite sama2 blajar =) hehehe)

81 skim perkhidmatan ditambah baik

1) Di agensi aku tak semua jawatan yang dikeluarkan oleh JPA tu terlibat...so dalam 81 skim agensi aku yang terlibat hanyalah dalam belas2 skim perkhidmatan sahaja.

2) Mulai 1 November 2013 gred paling minimum adalah 11 (coz sebelum ni paling rendah adalah 1)

3) Jawatan yang melibatkan opsyen di agensi aku:
    - Pembantu Am Pejabat akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Operasi Gred N11
    - Pekerja Awam akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Awam Gred H11
    - Pemandu Kenderaan akan diberi opsyen untuk jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 
    - Pembantu Perawatan Kesihatan akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Perawatan 
      Kesihatan Gred U11
    - Pelukis Pelan (kejuruteraan awam/Seni Bina) akan diberi opsyen untuk jawatan Penolong
      Jurutera/Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 (sekiranya memenuhi syarat2 yang berkaitan)
    - Juruteknik (kejuruteraan/seni bina/ukur bahan) akan diberi opsyen untuk jawatan Penolong
      Jurutera/Penolong Pegawai Seni Bina/ Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (sekiranya
       memenuhi syarat2 yang berkaitan)
    - Juruteknik (Ukur/Landskap) akan diberi opsyen untuk jawatan Penolong Juruukur / Penolong 
       Arkitek Landskap Gred JA29 (sekiranya memenuhi syarat2 yang berkaitan)
    - Penjaga Jentera Elektrik akan diberi opsyen untuk jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J17
      (minimum)
    - Tukang akan diberi opsyen untuk jawatan Pembantu Kemahiran Gred H17 (minimum)
    - Pegawai Kebudayaan / Ahli Fotografi / Jurusolek / Pereka akan diberi opsyen untuk jawatan  
      Pegawai Kebudayaan / Jurufotografi / Jurusolek / Pereka Gred B17 (minimum)

4) Penetapan Gaji Permulaan:
    - Di dalam opsyen yang diberi akan dinyatakan gaji yang akan ditawarkan. Prinsip gaji tersebut adalah
      berdasarkan gaji di jawatan asal. Sekiranya gaji tersebut lebih rendah dari gaji minimum jawatan baru,
      maka gaji yg akan ditawarkan adalah pada gaji minimum jawatan baru tadi. Jika sebaliknye, gaji yang
      akan ditawarkan adalah sama seperti gaji di jawatan asal. Mereka yang tidak memahami akan
      beranggapan setiap kali ada opsyen pasti ade kenaikan gaji..sebaik2nya bace pekeliling dulu dan jgn
      buat andaian sendiri..Mungkin ade yang naik dan mungkin juga ade yang maintain saja gajinye.
   - Bagi mereka yang opsyennya menjadi penolong (dgn kate lain kelayakan masuk diploma) maka gajinye
     ditetapkan mengikut gaji minimum kelayakan masuk diploma. Jika gaji jawatan asal lebih tinggi dari yang
      minimum (diploma) maka gajinye sama sahaja dengan jawatan yang asal.

5) Opsyen yang akan diberi tu akan ade 3 pilihan..samada terima tawaran, tolak tawaran ATAU nak tunggu
    dulu kenaikan pangkat secara time-based (PP8/2013) dan kemudian baru ditukarlantik..

So...itu la serba sedikit ringkasan/rumusan yang boleh aku buat untuk perkongsian kite..Nanti dah dipanggil taklimat mungkin aku lebih dapat pencerahan lagi..hehehe

Hah! ni la die pekeliling yang perlu aku bace & paham..huhu
Tengok kan rupe pekeliling kat atas tu??Fuh! buku Dr M in da house pun xhabis bace lagi huhu...tapi yang ni telah selesai dibaca! (memaksa bace pekeliling ni macam bace novel..tu yg habis tu..hehehe) Sepanjang membace tu muke aku ni berkerut2..sekejap2 tangan kat kepale...uish! nak memahamkan ayat2 pekeliling ni mmg payah (padahal Bahasa Melayu) hahaha..

Aku harap perkongsian ni sedikit sebanyak memberi input kepada mereka yang terlibat ataupun yang tak terlibat tapi saja2 nak melibatkan diri...hahahaha ayat apakah itu????=b

Daaaaa.....

Tuesday 12 November 2013

::: Jatuh Katil :::

Perghhhh!!!! Tajuk di atas sangat mendebarkan kan???huhu...Juz nak kongsi cerite jatuh katil....hahaha..bunyi macam klakar kan?tapi klakar if yang jatuh tu aku..tapi ini ZAHRA! anak aku yang dah masuk 7 bulan lebih umurnye...huhuhu....menangis seharian aku dibuatnye....T_T

Hari Jumaat 8 November 2013...mlm tu aku tidur lewat skit coz nak melayan Maharaja Lawak dulu..biasa kul 10 dah masuk tidur ngan Zahra..niatnye nak sambung tgk running man..tapi disebabkan tgk Zahra dan macam mengantuk aku pun naik atas untuk tidur...

So mcm biasa..nak tidurkan Zahra ni tutp semua lampu dan menyusukan die..agak mudah skit tdurkan die sbb Zahra masih menyusu badan..memang selalunye die akan tidur sampai la ke pagi..tapi ntah macam mane malam tu aku tak sedar pukul brape die bgn...aku tercelik je (gerak ati seorang ibu kot) aku sempat tgk kaki die dan mase tu nak tarik tapi xsempat dan trus dummmm!!! Huwaaaaaa!!!!! nangis...T_T

Terus aku kelam kabut bangun and angkat die...hubby plak bergegas naik atas bile dgr Zahra nangis...hubby tak tidur lagi coz layan bola kat tingkat bawah...huhu..mase tu aku punye la panik..risau yang amat2 sangat...tapi Zahra nangis sekejap sangat..lepas pujuk2 dan gosok2 kepala die....die pun brenti and aku sambung semula menyusukan die...sambil2 tu aku belek2 kepala and seluruh badan Zahra kot2 ade ape2 bengkak atau luke...Alhamdulillah takde pape..aku pun terus google kisah yang sama dan alhamdulillah tanda-tanda seperti yang aku baca tak berlaku pada Zahra di bawah pemantauan 48Jam...Tapi aku rase aku tetap nak bawak Zahra ke klinik untuk check jugak...Mate kite ni bukan sama ngan mate Doktor kan??huhu..Tapi kejadian ni betul2 menjadi trauma pada aku..dalam ati aku berkate baru je jumpa sahabat lama yg menceritekan anaknye jatuh katil..tua 2 bulan je dari Zahra...Sejak tu katil aku dikelilingi tilam2 dan bantal2...almaklum la..Zahra dah lasak!

Jom aku share maklumat yang aku dapat hasil dari google aku untuk perhatian dan rujukan korang:


1. Apabila bayi terjatuh, tenangkan bayi dulu, kemudian berikan susu ibu atau susu formula. Susu ibu adalah terbaik kerana posisi bayi akan berada dalam pelukan ibu dan bayi akan berasa lebih tenang selepas terjatuh.

2.Tengok jatuh mana dulu. Di depan kepala (dahi) or belakang (belakang lagi bahaya - ni kes Zahra huhu)

3. Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala - Kat Zahra xde plak..

4. Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan - yg bab ubun2 belum tertutup tu aku tak berapa paham..huhu
 
5. Kalau benjol, cepat2 tuam dengan ais! bukan air suam.Tak payah bawa ke hospital. Kalau retak pada tengkorak saja, doktor kata ianya cepat sembuh dan tempat yg retak sedikit tadi biasanya akan lebih keras dr tulang tengkorak lain.

6.Perhatikan tindakbalas bayi..sekiranya bayi muntah, perlu perhatikan bagaimana cara bayi muntah. Samada bayi muntah meleleh ataupun muntah yang terpancul jauh.

7. Sekiranya bayi muntah terpacul, terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga,pengsan,sawan, lebam belakang telinga, anak tak aktif, perubahan fizikal seperti muka herot, atau jalan tidak stabil perlu segera bawa bayi berjumpa doktor pakar kanak kanak. 

8. Elakkan tidurkan bayi semula immediately selepas jatuh.

9. Elakkan letak bayi didalam buai kerana buaian boleh memberi kesan kepada gegaran sekiranya ada.

10. Ibubapa perlu kawal panik, kerana sekiranya panik, bayi akan turut berasa lebih tidak selesa.

11. Kesan-kesan di atas di pantau dalam masa 48 jam.

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan anak-anak terjadi:
 
1.       Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 

2.       Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.

3.       Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.

4.       Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.

5.       Pastikan keadaan lantai bebas licin.

6.       Pastikan anak-anak kecil disekitarnya bermain dengan baik dan tidak membahayakan sesama sendiri. 
  
Ada 1 kajian (aku tak ingat bace kat mane) di mana sekiranya kita dah bawak anak jumpa Dr and Dr cakap anak kite xde pape..sebagai ibubapa kite berhak minta Dr buat brain scan kat anak kite tu...Dalam kes Zahra ni aku tgh berpikir..nak buat ke xnak..coz kecik lg dah kena scan bagai..huhuhu

Tips di atas untuk peringatan kite bersama =)

Daaaaa....

Friday 8 November 2013

::: Percutian 3D2N :::

Hehehehe...ingat tak lagi kisah Mood Bercuti aku yang lepas???Hah! arini aku nak share lokasi percutian kami 3 beranak pada 2 hingga 4 November 2013...So destinasi percutian kami aritu adalah di Gold Coast Morib..Selangor jer...hehehe..Not bad..kalo nak release stress ok la tapi kalo nak bercuti sambil jalan2 macam tak seswai jer coz xde tempat menarik yang berdekatan (kalo anda tau ade bagitau la er coz nanti boleh aku pegi lagi..hehehe)

Waktu check in kul 3pm and check out kul 12pm..so aritu ngam2 sampai kul 3pm..actually sampai dalam 2 lebih tapi singgah jap kat pantai Morib (lbh krg 3 ke 5 min je dari hotel)..amik angin laut..hahaha...mase nak check in mak datuk..punye la ramainye orang..huhu..tapi disebabkan dah booked online so lebih kurang dalam 10min jer urusan check in selesai...layan jap gambar kat Pantai Morib (gambar pantai xbrape ade..yg ade gambar ni je la..hahaha)

Aksi kami di Pantai Morib...mane pantainye kan??heheh nun jauh di belakang..huhu
 Mase booked online tu kami amik balinese style room..nak amik yang pakej 2D1N (ade dpt dinner skali) dah full so terpakse la amik bilik ala2 Bali ni...harganye RM250 tak termasuk service caj and tax....before ni kami pegi amik pakej yg aku cakap tadi...harga RM250 tu termasuk bekpes utk 2 orang and tiket water theme park utk 2 org jugak...nasib zahra masih kategori percume..hehe...kalo theme park tu ramai sgt orang kite boleh berendam je dalam jacuzzi dalam bilik..tu yg speselnye kat sini...ade jacuzzi...almaklum la kat umah sendri tak mampu nak adakan benda2 tu...huhu

Hah! setiap sudut aku tak miss utk tatapan pembace blogku..hehe..abaikan model si cilik tu...hehehe
Kami dapat bilik tingkat 2 and water theme park view...sonok juga la kan daripada dapat view hutan...hahaha...petang2 sambil minum tgk orang mandi manda....bukan skodeng er...hihi..

Sonok benor Zahra ibu ni...hehehe
Malam hari pertama tu kami makan kat King Ikan Bakar....planning mmg nak makan situ tapi tetibe ujan renyai2 so mintak org tu tapaukan je..makan kat hotel akhirnye...kalo komen pasal ikan bakar tu aku and hubby tak berapa suke sgt style mkn ngan air asam..kami suke makan ikan bakar yang ade sambal merah tu di tabur atas ikan bakar...walawehhh terliur plak rasenye..huhu (kali terakhir makan kat PD tp aritu pergi dah tutup..kat mane ade lagi macm tu agaknye huhu)

Menu : Kerang Bakar, Pari Bakar, Tomyam Campur, Nasi putih & Nasi Goreng Kampung
Hari ke-2 selepas bekpes kami jalan2 tepi2 pantai dan lepas tu masuk water theme park (lupe nak bagitau kupon gelang water theme park tu boleh pakai dari ari pertama sampai last day..yg penting jgn bukak sudah)
Zahra kecik lagi so bg die rendam2 kaki jer...emm bertuahkan budak skang..kecik2 dah pergi tempat2 mcm ni...aku dulu2 xmerase..huhu...Tapi macam Zahra ni kompom tak akan ingat punye...Tapi aku suruh die tgk blog aku ni sebagai bukti..hehehe

Suasana di tepi pantai dan water theme park =)
Kami banyak habiskan mase kat hotel and theme park je...name pun nak relax jer..hihi...Mlm ke-2 ni kami tukar tempat makan..makan kat Kedai Faizool...lbh krg 3 min je dari hotel...Lagi puas hati makan kat sini! hehehe...yg makan 2 org jer tapi menunye macam berlima..hahahaha

Menu: Ikan Siakap 3 rase, Tomyam Campur, Telur Bungkus, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin & Nasi Putih
Hari ke-3 juz lepak dalam bilik and tunggu check out kul 12pm...Aku ade terbace yang kadang2 ada bau yang tak menyenangkan bile angin laut tu bertiup...tapi mase kami pergi aritu walaupun ari ujan and angin kuat xde la plak bau yang dimaksudkan...tak tau la kot dah excited sgt sampai hidung kami ni tersumbat! hahaha...kalo korang nak booked online boleh check kat website die kat ---> SINI




So sampai di sini coretanku..nanti share2 la cite kat sini kalo dah pegi nanti..hehee

Daaaaa....

Friday 1 November 2013

::: Mood Bercuti :::

Walawehhhhh....esok dah stat cuti panjang..hehehe..actually isnin kena pegi keje tapi hubby ajak pegi bercuti..last minit punye planning...heheh...katenye nak bawak Zahra jalan2..merangkap juga celebrate 3rd anniversary kami yang dulu celebrate kat umah jer heheeh...InsyaAllah inilah percutian kami yang pertama untuk kami bertiga..sebelum2 ni pegi bercuti ngan family members yang lain...

Adakah lokasiku seperti di dalam gambar ni????jeng3x...
Kat mane????ala...dekat jer...nama pun last minit..sah2 la banyak hotel yang dah fully booked huhu...so esk dalam tgh ari kami bertolak coz check in kul 3pm and ari isnin akan check out..Nanti balik dari bercuti aku update lokasi kami bercuti tu..tapi aku kasi klu skit...lokasi tu ada pantai dan theme park! =) hehehe...So dah petang ni..mood nak wat keje pun macam dah 90% dah xde..hihihi...

Daaa....