Friday, 9 June 2017

14 Ramadhan

Assalammualaikum.

Ya Allah. Baru perasan dah sebulan lebih tak update blog ni. Dalam masa sama terperasan pula begitu cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk setengah tahun 2017 dan hari ini dah separuh bulan umat islam berpuasa. Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menikmati ramadhan tahun 2017. Mudah-mudahan berpeluang untuk selesaikan sebulan ramadhan. Amin.

Untuk pengetahun semua 1 ramadhan hari itu aku sekeluarga balik Parit kampung aku. Kami kumpul adik beradik kecuali adik lelaki je tak dapat balik. Maklumlah kerja baju beruniform ni memang dah tau susah nak dapat cuti. Tapi takpe dik awak bertugas demi keselamatan negara. We our family proud of you 😊😊 So nak dijadikan cerita bersahur 1 ramadhan tu aku bangun pukul 4 pagi tolong mak buat apa yang patut. Bila tiba waktu makan aku pun terus la snap beberapa keping gambar kami bersahur untuk dibuat kenangan. Keluarga aku bukan la ramai mana tapi bila masing-masing dah berkahwin dan beranak pinak makanya keluarga yang sederhana besar nampak macam keluarga besar la plak. hihihi.

Masa sahur tu memang bersepah-sepah la duduk makannya. Nampak kelakar tapi momen tu best sangat bila tengok semula gambar-gambar tu. Orang yang tak bersahur pun aku ambil juga gambar mereka hahahaha.

Jom layan sikit gambar yang aku snap tu. Minta maaf la kalo ada gambar yang menyakitkan mata korang. Tiada niat lain melainkan untuk kenangan aku dan anak-anak aku nanti πŸ˜”

Oh! ya. Sebelum terlupa, aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan. Semoga amalan kita pada ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.
Macam-macam style orang bersahur hihihi

Daaa....

Thursday, 13 April 2017

Ayah dan Ibu

Assalammualaikum.

Agak lama juga aku tak update blog. Konon-kononnya tahun ni nak pastikan blog aku ni hidup. Tapi yang hado! πŸ˜’ Kadang-kadang tu baru je nak update dah anak-anak datang "membantu" so tak dapek eden nak meneruskan niat huhuhu.

Ingat lagi 5 tahun lepas masa zahra dalam perut aku dan mr hubby sembang2 apa nak anak yang bakal lahir ni nanti panggil kami berdua. Masa tu aku rasa mama dah sangat biasa dan seperti dah menjadi trend panggilan mama tu. Mr hubby pula cakap nak panggil papa macam tak sesuai je dengan dia sebab dia rasa papa tu sesuai untuk orang yang ada2 hehehehe. Mummy dan daddy pula kami rasa macam kebaratan sangat bila nak dibandingkan dengan life style kami yang sangat kampung ini 😊

Mak dan abah memang tiada dalam list sebab kami berdua panggil emak & ayah masing-masing memang MAK dan ABAH πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† so aku bagitahu mr hubby aku nak anak kami panggil aku IBU. Sebab masa tu aku rasa ibu tu sangat jarang digunakan. Lagi satu aku rasa ibu tu macam sangat lembut orangnya dan memang 100% sifat keibuan tu ada. Poyo je aku ni kan?πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Mr hubby pula dia kata kalau aku dah ibu dia patut AYAH. Pada dia gelaran ibu tu sangat sesuai dipadankan dengan ayah. Seolah-olah mcm peribahasa duduk sama rendah berdiri sama tinggi ceeewahhh hahahahaha

Momen paling indah bila anak kita pertama kali panggil kita "Ibu". Tapi zahra pandai sebut ayah dulu. Dah lama sikit baru dia boleh panggil ibu itu pun hujung-hujung je "bu..bu..bu" so sweet 😍😍😍 Daris masih belum boleh panggil kami. Dia tau "ma..ma..ma.." je hehehe. Kalau kat dalam drama-drama berlatar belakangkan kampung kebanyakannya memang watak ibu atau ayah. Kalau yang bandar tak mama papa mesti mummy daddy. Umi dan walid pula untuk watak keluarga yang berlatarbelakangkan ilmu agama yang tinggi. Betul tak?tak semua cuma kebanyakkannya la ☺ Jadinya bila zahra tengok pelakon-pelakon dalam tu jadi ibu dia akan cakap "ibu...dalam tv tu pun ibu kan" aku sengih je la bile tengok pelakon ibu tu cun. Bila kena pelakon yang agak berusia cepat je aku jawab "tapi ibu lagi cantik kan" 😁😁😁

Tadi lepas zahra solat maghrib (paham-paham la gaya budak 4 tahun solat macam mana kan πŸ˜ƒ) Dia bawak white board kecil dia dan datang kat aku dan mr hubby. Masa tu kami berdua atas katil borak-borak. Lepas tu zahra cakap "ibu..ibu peluk ayah. Kakak nak lukis gambar ibu peluk ayah" then aku pum cakap ok terus peluk mr hubby 😘😘😘 Bila dah siap inilah hasilnya πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Agak-agak boleh setanding Leonardo Da Vinci tak?
Lepas tengok lukisan tu berlaku la dialog di bawah:

Kakak : ibu tengok la kakak lukis ibu peluk ayah

Ibu : ok..tapi mana satu ayah mana satu ibu?

Kakak : ayah ni (sambil tunjuk lukisan yang kecik) ibu ni (lukisan yang besar)

Ibu : kenapa gambar ibu besar gambar ayah kecik pulak?

Kakak : ye la...ibu kan gemuk ayah kurus  (dengan mimik muka yang agak slumber je)

Ibu : speechless (sambil jeling ayah di sebelah)

Ayah : (sengih macam kerang busuk)

Alahai anak. Betapa jujurnya kata-kata anak ni. Takpe kakak tunggu satu hari nanti ibu pasti kurus!

Tips : kalau korang rasa korang nak tau korang ni kurus atau gemuk cuba tanya anak kecil. Tapi sebelum tanya pastikan korang dah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima bakal jawapan tu nanti πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Daaaa....

Thursday, 9 March 2017

35 Tahun 4 Hari

Assalammualaikum.

Hehehe patutnya entry ni di post pada 6hb tapi disebabkan kesilapan teknikal (cover line) makanya ia diposponed ke hari ini. Sebab tu tajuk posting ni ada 4 hari plak πŸ˜…πŸ˜…

Well dengan bangganya alhamdulillah Allah masih panjangkan umurku untuk berkesempatan menyambut hari kelahiranku yang ke 35 tahun. Amin. Tahun depan belum pasti hanya Allah yang mengetahui ☺

So tahun ni aku tak celebrate kat mana-mana pun. Duduk rumah je mengadap bajet 2018 yang perlu disubmit ke KPT end of mac ni 😰

Celebrate ke tak celebrate ke kehidupan aku tetap menggembirakan apabila keluarga sentiasa disisi 😍😍😍

Apabila umur dah tambah 1 angka ni tiba-tiba teringin pula nak mula berbakti kepada masyarakat. Pernah survey sukarelawan tapi tak sempat nak fokus betul-betul. Kalau ada yang sudi bagi guideline silakan ye 😊

Oh ye hampir terlupa nak ucapkan terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang wish pada aku haritu. Untuk cik ayu terima kasih tanda ingatan. Aku berkongsi tarikh yang sama dengan suami cik ayu. Cik ayu ni pakar IT dekat deparment aku. Errr jangan ditanya kenapa masih dipanggil 'cik' sebab aku sendiri pun masih ada juga yang memanggil 'cik' πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Terima kasih cik ayu tanda ingatan.
Cup cakes dikongsi bersama dengan staf 😊

Ini la cik ayu. Ayu kan?☺
Emmm siapa sebenarnya
Besday gurl ni?πŸ˜œπŸ˜…πŸ˜…

Daaa...

Wednesday, 8 March 2017

Review Diagnosis 2

Assalammualaikum.

Masih ingat tak aku pernah post pasal buku-buku yang aku beli awal tahun haritu. Sebenarnya sekarang ni dah 3 buah buku aku khatam cuma tak berkesempatan nak review ketiga-tiganya dalam blog ni πŸ˜”

Hari ini aku review dulu buku pertama yang aku baca. Bila dah habis baca buku ni aku tertanya-tanya mana nak cari diagnosis yang pertama sebab masa beli aritu buku tu dah sold out πŸ˜”

Dalam buku ni ada pelbagai tajuk yang ditulis oleh doktor-doktor yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. Satu lagi yang buat aku suka buku ni banyak istilah-istilah perubatan yang digunakan biasa aku dengar (almaklum la aku ni selalu juga keluar masuk wad samada jaga mak atau anak) then aku faham dah maksudnya sekarang sebab ada foot note yang diberi so dont worry guys πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Tapi dalam banyak-banyak tajuk tu aku share sikit beberapa cerita yang telah menyentuh qalbuku ini so lets check it out 😊😊😊

Dr Azah #bintang
 Dr Azah ni pakar paed. Selain tajuk ni ada juga cerita lain yang mana kadang-kadang aku sampai terfikir adakah ini kisah pengalaman dia atau pengalaman yang telah ditokok tambah untuk kesesuaian pembaca. Bagi cerita bintang ni kisahnya telah membuatkan aku menitis air mata. Serius sedih. Bila membayangkan kanak-kanak yang sangat kecil menanggung kesakitan penyakit kritikal yang dialaminya. Mungkin aku seorang ibu jadi kisah itu telah mencuit hati aku terutamanya bila aku teringat saat-saat daris sakit aritu 😒😒😒

Dr Aizzat #norad
 Dr Aizzat ni pula pakar neurologi a.k.a pakar otak. Beliau suami kepada Dr Azah tadi. Minat aku sampaikan aku follow husband and wife ni kat IG πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Cerita norad ni pun buat aku tersentuh. Situasi di mana seorang doktor dalam keadaan yang sangat cemas untuk menyelamatkan mangsa kemalangan dan pada masa yang sama (doktor sedang buat operation) beliau dimaklumkan isterinya yang sedang sarat berada di kecemasan kerana kemalangan. Doktor juga manusia biasa. Jika kisah tersebut benar-benar berlaku bagaimana la agaknya keadaan doktor tu sekarang sebabnya dalam kisah ini wifenya meninggal dunia. Ketika dia masuk ke emergency isterinya telah tidak bernyawa tetapi Allah gantikan isterinya dengan anak yang sempat dilahirkan.

Dr. Beni #atimelessstory
Salah satu istimewanya buku-buku doktor ni adalah penulisan di dalam bahasa inggeris. Contohnya karya Dr Beni rasanya mostly dalam english. Tapi englishnya pun okay maksud aku tak susah pun nak faham. Mungkin ada 2@3 wording yang tak biasa guna so aku cari kamus juga hihihi. Kisah a timeless story ni susah aku nak cerita sebab unik sangat. Ceritanya macam realiti dan fantasi. Agak keliru sedikit. Senang cerita korang baca la sendiri nanti πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dr. Anwar Faizal #e-boo
Dr. Anwar Faizal ni suami kepada Dr Fatin Liyana a.k.a blogger terkenal juga. Sure korang kenal juga Dr fatin ni. Dr Anwar ni juga sepupu kepada pelakon/pengarah syamsul yusof. Senang cerita anak saudara dato yusof haslam πŸ˜… Mula-mula aku baca tajuk ni aku tak dapat nak agak kisah apa sebab aku ingat ianya adalah istilah dalam perubatan atau nama penyakit. Ala macam penyakit Ebola tu kan pelik juga namanya πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Rupa-rupanya E-boo yang dimaksudkan adalah IBU so sweet 😍😍😍 E-boo tu nama yang disimpan dalam contact number handphone yang disetkan oleh isterinya (dalam kisah ini). Errr ntah-ntah betul tak Dr Fatin yang setkan di alam realitinya hahahaha. Cerita ni juga buat mataku masuk habuk. Ibu kan. Siapa tak sayang ibu?kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah lukakan hati ibu kita. Macam mana hidup kita nak berkat?lebih kurang begitu la kisah cerita ini. Kerja bagus gaji bagus tapi hati tetap tak tenang. Rupa-rupanya hati ibu telah terguris hanya kerana lab coat 😒😒😒

So guys itu la serba sedikit review diagnosis 2. Banyak pengajaran dan teladan yang aku dapat. Doktor hanya perantara antara Allah dan pesakit. Seharusnya kita mohon dulu dengan Allah atau lebih rapatkan diri lagi dengan Allah agar penyakit yang dialami dapat sembuh. Doktor pula hanya membantu berdasarkan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah. Tapi aku faham kita ni manusia biasa dan bila berada dalam situasi cemas kita mengharapkan doktor yang utama untuk buat yang terbaik untuk pesakit bukannya Allah (untuk ingatan diri ini juga).

Apa-apa pun yang pasti aku kena cari juga diagnosis 1. Kedua-duanya adalah best seller. And one more thing now aku baru habis diagnosis fobia dan apocalips dan banyak kisah-kisah dalam apocalips yang ada kaitan dengan diagnosis 2 (seolah-olah ada scene flash back pula).  So kalau tak baca yang ni mungkin tak berapa nak feel masa baca apocalips tu 😜😜😜

Selamat membaca ☺☺☺

Daaa...

Friday, 10 February 2017

Maulid Nabi

Assalammualaikum.

Ceramah disampaikan oleh PU Mizi
Walau pun maulidur rasul telah berlalu tapi di tempat kerja aku tak pernah missed untuk buat sambutannya walaupun kali ini agak lewat. Kebiasannya sambutan yang kami buat adalah ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang tersohor.

Untuk kali ini penceramah jemputan adalah PU Mizi. Sesiapa yang follow pencetus ummah tahun lepas pasti tau macam mana cara penyampaian PU Mizi ni kan?sangat santai sempoi dan pada aku mesejnya memang sampai cuma berbalik pada kita ni samada nak buat atau tidak je. 😊😊😊

Korang perasan tak tajuk di atas MAULID bukan MAULUD?haaaa...actually aku dengar ceramah ni baru aku tau kisahnya. Kalau korang perasan kita selalu dengar especially orang2 tua ckp "jom dengar ceramah maulud" "jom join org surau buat maulud" dan aku pun terikut2 maulud nabi tu.☺☺☺

So hari tu PU Mizi kongsikan maulud tu adalah perkataan arab yang bila diterjemahkan maksudnya "buat anak" (lebih kurang sbb aku tak rekod so aku ambik main point). So cuba korang gantikan maksud maulud tadi tu dalam dialog yang aku kasi di atas tadi πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Hahahaha ketawalah kami satu auditorium bila tau hal sebenarnya. So yang betulnya adalah maulid. Maulid nabi. ☺☺

Beberapa perkara yang aku dapat pick up masa ceramah tu adalah cara atau bagaimana kita nak mencintai rasul kita. So let's check it out! (Sorry terlewat share the info..janji di insta aritu bukan main 😣)

1. Kita perlu mencintai rasul lebih dari diri sendiri. Cth: jika rasul dikutuk dan dicaci adakah kita akan kedepan melawan?kalau jawapannya tidak means kita belum mencintai rasul sepenuhnya.

2. Membuat perkara yang disukai rasul dan meninggalkan perkara yang dibenci oleh rasul. Cth: yang dibenci mengumpat tapi kita tau kan sikap diri masing2 pasti ada buat juga. Takpa no need to admit here juz try to avoid this attitude ☺

3. Banyak buat selawat ibrahimiyah. Actually kita yang beragama islam of course dalam sehari kita buat selawat ini. Wajib 5 kali sehari iaitu selawat di tahiyat akhir. Mesti korang tak perasan kan?hihihi. No worries aku pun baru tahu. Takpa. Hari ini tambah satu ilmu kita kan?☺
Selawat ibrahimiyah
4. Meneruskan kerja-kerja nabi. Cth: berdakwah. Ada banyak cara tak semestinya berdakwah kena banyak berjalan. Zaman sekarang teknologi semakin canggih. Jadi gunakan kecanggihan yang ada untuk sebarkan perkara yang bermanfaat. Siapa tau dari perkongsian kita itu nanti ada bahagian untuk kita di "sana" kelak. In shaa allah ☺ tapi pastikan perkara yang disampaikan adalah yang benar bukannya dusta.

5. Rasa rindu dengan nabi. Rasanya semua antara kita tahu macam mana rasa rindu kan?cth: anak2 berjauhan pasti si ibu akan merindui anak2nya. Jadi sudah tentu kita tau bagaimana perasaan rindu itu. Cuba tanya diri sendiri pernahkan kita merindui rasul kita?jika belum takpa. Masih belum terlewat untuk kita merasainya. Cuba kita kenal dahulu rasul kita dengan lebih mendalam. Selepas kenal sudah tentu kita akan jatuh hati dan sudah pasti kita akan merindui baginda 😒😒😒

Semoga perkongsian yang sangat sedikit ini amat bermakna untuk semua.

Daaaa....






Monday, 23 January 2017

Riwana Sizzling Yee Mee

Assalammualaikum.

Actually entry kali ini dah agak basi cuma tak berkesempatan nak buat new post hihi. Hari kejadian aku penat sangat sebab banyak betul report yang nak kena siapkan sebelum berakhirnya 2016.

Bila dah agak sibuk mood nak masak pun macam malas. So wasap mr hubby tanya dia nak masak apa hari ni. Kadang-kadang mr hubby ada masa2nya membantu juga dalam bagi idea menu2 yang nak dimasak lepas balik kerja tapi pada hari tu dia kata ikut suka aku. Adoiyai pening kepala memerah otak nak masak apa untuk makan malam nanti. Bukan apa aku ni bukan la pakar sangat bab2 masak memasak ni. Bila dah asyik2 menu itu..itu..itu..tu yang tanya mr hubby πŸ˜…πŸ˜…

Nak dijadikan rajin kak ikin (ex office matte) bagi aku cuba yee mee buatan orang melayu. Dia suruh cuba katanya sedap. Dalam sebungkus tu ada 4 keping yee mee. So terus datang idea nak masak sizzling yee mee. Masak sizzling ni kan sangat simple so aku dah decide menu makan malam hari tu adalah Riwana Sizzling Yee Mee hahaha 😁😁
Kiri tu la k.ikin..err kami bukan
hari2 make up ye. Ni gambar masa
department dinner hari tu
Nanti aku upload gambar yee mee tu. Tak jumpa plak kat mana simpan gambarnya huhu. Tak mahal pun sebungkus rm2.50. K.ikin balik raya cina ni aku pesan kat dia 2 bungkus πŸ˜†πŸ˜†

So sampai je umah solat asar dulu then chef pun menuju la ke dapur sambil dalam kepalanya membayangkan bahan2 nak buat riwana sizzling tu nanti. Riwana la sangat πŸ˜‚Lets check it out!

Bahan2:
1. Yee mee (aku rebus dulu sekejap)
2. Cili kering dalam 3 tangkai (potong dua)
3. Bawang putih (5 ulas - blender)
4. Sos tiram 2 sudu
5. Kicap manis 2 sudu
6. Kicap pekat 1 sudu
*kicap n sos tu boleh adjust kemudian ikut citarasa masing2
7. Kiub ayam 1
8. Ayam yang dihiris
9. Sawi
10. Cendawan
11. Telur sebiji
12. Tepung jagung 1 sudu (then bancuh dgn air sikit utk pekatkan kuah)
13. Minyak untuk menumis
14. Lada hitam
15. Air ikut sukatan sendiri nak banyak kuah ke sikit ke

Cara:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih dan cili kering
3. Masukkan air
4. Masukkan sos tiram dan kicap
5. Masukkan kiub ayam
6. Masukkan sayur dan cendawan
7. masukkan lada hitam
8. Masukkan tepung jagung
9. Masukkan yee mee
10. Akhir sekali masukkan telur
*garam ikut suka nak masuk ke tak sebab kiub & kicap tu pun dah secukup rasa dah
11. Siap untuk dihidang

Kalau kat kedai kan diaorang pakai hot plate. Aku takde hot plate so untuk kuah aku masak dalam kuali then kuah dah masak aku transfer kuah dalam non stick pan. Sebab apa non stick pan?sebab aku nak telur tu jadi macam kat kedai tu hahaha.

Inilah hasil riwana sizzling yee mee aku πŸ˜‰πŸ˜‰
Aku suka texture yee mee ni
Yee mee ni rebus sekejap je then texturenya memang lembut dan tak ada bau2 kapur tu. Pada aku memang terbaik la produk orang melayu ni! Penang mari 😊 Malam tu kami 4 beranak kekenyangan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih k.ikin tolong memudahkan urusan saya di dapur pada hari tu. Luv u πŸ˜™

Daaaa...

Wednesday, 18 January 2017

BUKU PERTAMA 2017

Assalammualaikum

Buku pertama tahun 2017
Alhamdulillah...buku2 yang diorder last week dah sampai. Gara- gara terpengaruh dengan thriller Diagnosis Fobia terus berminat nak baca. Huh! Sekali beli borong 4 terus. Dari MPH dah sampai and dr whitecoat tgh on da way πŸ˜„

Sedikit info --- penulis2 merupakan doktor perubatan. Walaupun saya bukan doktor saya yakin maksud yang tersirat pasti berguna untuk semua lapisan masyarakat. In shaa allah jika diberi kesempatan akan saya buat review buku2 yang dah dikhatam 😊

Hmmm tak sabarnya nak mula...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Oh ye kalau ada yang nak cuci2 mata boleh check kat www.whitecoat.com

Daaa...

Wednesday, 4 January 2017

TB 2016


Assalammualaikum...

Selamat Tahun Baru semua. Mungkin agak terlewat ucapan ini tetapi rasanya tak salah untuk diucap juga :-) Wahhhh tahun baru macam-macam azam aku dengar tapi nak tanya skit tahun lepas punya azam dah selesai ke?kalau tak selesai lagi kena carry forward ke 2017 (aku le tu kuikuikui).

Bagi diri aku..aku mengharapkan tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Memang banyak kenangan tahun 2016. Macam-macam rasa ada & paling win tak pernah2 cuti tahun aku habis ZERO. Nak hujung-hujung Disember aritu punya la berdoa harap-harap tiada perkara yang memaksa aku kena ambil cuti. Alhamdulillah Allah makbulkan. Tepat jam 5pm pada 30 Dis 2016 aritu aku seakan-akan dapat bateri full hahahaha. Memang fobia bila cuti tahunan habis 😌

So hari ini aku nak wat TB skit sepanjang 2016. Azam 2017 tak payah cita le sebabnya azam bertahun2 sebelum ni asyik carry forward je πŸ˜…

TAHUN 2016

1) Turun naik hospital sebab daris pro long jaundice (lahir 19 Nov 2015)
Daris 1m - prolong jaundice
2) Menghantar abah dan mak mertua ke KLIA menunaikan umrah dan hari yang sama abah operation di hospital ipoh. Kul 6.30am bergerak ke KLIA lepas tu bergegas plak ke Ipoh.
KLIA 2
3) Mak operation untuk buang satu buah pinggang (cancer) dan duduk ICU tapi kemudian masuk wad biasa semula di HKL. Salute dan kagum dengan mak sebab ini camcer ketiga mak alami (1st cancer usus, 2nd cancer breast) and mak masih survived. Alhamdulillah. Kuasa Allah tiada sapa boleh tanding.

4) Dapat call dari kampung mak tenat. Masih terngiang2 lagi kat telinga ni dengar orang mengajar mak mengucap 😭😭😭 aku masa tu kat ofis. Memang terus menangis. Call bos nak minta balik pun dalam keaadaan menangis. Memang sangat beremosi. Aku drive balik umah tak sedar staf followed belakang sebab diaorg risaukan aku and katanya aku drive laju. Sorry uols and thank u for caring 😊

5) Sepanjang mak warded emosi aku dan adik beradik tak menentu. Macam-macam yang kami fikirkan sebab mak tak pernah macam tu walaupun selepas operation kedua2 cancernya dulu.

6) 3 Ramadhan dapat call dari pengasuh tapi bateri hp habis & aku tengah mitting. Lepas mitting tgk banyak miscall dari pengasuh dan suami. Call semula and anaknya kata daris ke hospital sebab muka dah biru. Call suami and katanya kat klinik Assalam. Aku terus pecut ke sana and nmpak motor suami. Nurse kata baby dah ke hospital KKB sebab mulut dah berbuih. Apa korang rasa bila nurse tu cakap macam tu?nak pengsan rasanya. Terus pecut pulak ke KKB dalam hujan lebat. Masa tu doa dalam hati harap sangat Allah beri kesempatan pada aku untuk jumpa anak dalam keadaan bernyawa. Alhamdulillah. Daris lemah dan bibirnya masih nampak biru. Doktor tak tau kenapa then disuruh warded ke hospital selayang. 1st time naik ambulan dan sepanjang perjalanan aku peluk daris. Zahra pulak terpaksa tidur di rumah pengasuh **mata masuk habuk 😭😭😭**
Keadaan daris di emergency
KKB selepas stabil
7) Zahra demam tinggi dan muntah2. Rupa-rupanya kena HFMD selepas 2 hari daris discaj. Suspek zahra kena masa kat hospital melawat daris.

8) Daris sekali lagi warded kat PCMC (ceritanya aku dah pernah tulis dalam blog ini)

9) Hantar abah ke KLIA untuk menunaikan umrah dan 1st time dalam tahun 2016 kami adik beradik berkumpul. Complete takde yang missed. Sebelum ni ada je yang takde sebab masing-masing2 dah berkahwin so susah sikit nak berkumpul...tinggal yang bongsu je belum kahwin 😊😊😊
Idris's family
10) Riwana family bercuti ke Melaka (will update later walaupun dah basi hihihi) & ke sg klah bersama family SIL.

11) Meraikan majlis perkahwinan BIL kat PD dan Johor.

Hmmmm...bila baca balik semua senarai di atas mesti tertanya-tanya kan kenapa banyak yang sedih dari hepi (*_*) hihi. Saja untuk buat kenangan dugaan yang diterima sepanjang 2016. Tapi aku tahu ada orang yang terima dugaan lebih berat dari apa yang aku senaraikan. Cuma aku anggap semua dugaan yang aku alami adalah satu wake up call untuk aku berfikir. Hidup ini hanya sementara dan semua yang kita sayang adalah pinjaman semata2 termasuklah diri sendiri yang hanya dipinjamkan untuk sementara waktu.

Pernah tak kita terlintas di fikiran "aku ni beriye2 bayangkan bersara nanti nak ada rumah banglo..nak ada maid..nak buat majlis kawin anak kat hotel..nak pakai kereta mewah..nak itu..nak ini.." macam2 yang kita bayangkan dan buat target. HAKIKATNYA kita sendiri TIDAK PASTI adakah kita berjaya melalui saat2 itu sebab mati itu pasti dan rahsia Allah. Sedangkan bertemu Allah adalah PASTI, so aku nak akhiri dengan pertanyaan untuk aku & korang fikir2kan "kenapa kita nak buang masa & kenapa kita tidak buat persediaan untuk ke arah itu je?"

Daaaa....



Monday, 28 November 2016

PAI AYAM

Assalammualaikum...

Tadi saja2 tengok gambar dalam hand phone then tertengok plak gambar pai ayam yang di snap beberapa bulan yang lepas. Memang tujuan snap tu nak share kat dalam blog. Finally arini baru dapat upload hihihi :-)

Pai ayam ni pun ada ceritanya. Aku sebelum ni memang tak pernah makan pai. Biasa aku tengok pai epal even pai epal pun aku tak pernah makan. Tak tahu la kenapa bila tengok pai tu memang tak kecur liur pun. Aku terjebak dengan pai ayam ni pun masa temankan daris kat ICU.

Aku dari pagi memang tak makan and malam tu plak aku je yang boleh tunggu daris. So lps isyak perut baru rasa lapar. Mintak nurse tolong tengokkan daris then aku turun tengok apa je yang ada sebab dah agak lewat pun. Dah nak rezeki perut ni kebetulan ada satu cafe yang masih buka err actually hampir nak tutup hihihi aku order hot mocha memandangkan bilik icu tu sejuk sgt. Tengah tunggu air siap tiba2 mata aku terpana kat pai ayam dalam cermin kaca. Ada jugak pai lain tapi aku terus order pai ayam then dia panaskan.

Selesai bayar semua aku naik semula and lepak sekejap kat ruang menunggu icu untuk makan. Perghh memang sedap. Balik dari hospital terus cari chef google and buat sendri. Zahra pun suka so tak rugi kalo aku buat. Errr baru perasan panjang plak mukadimahnye. Jom tengok cara aku buat pai ayam yang resepinye telah dicampur aduk dengan pelbagai versi ;-)

Tepung gandum (tiada dlm pic), bawang putih diblender, bawang Merah dipotong dadu, kentang direbus dan lenyek Lada hitam ditumbuk, sayur campur, kuning telur, Mushroom soup dlm tin, daging ayam kisar, mozarella cheese, butter (tiada dlm pic)
Campurkan tepung + butter + garam sikit
Then gaul sampai jadi macam serbuk roti then tambah
Air sikit2 sampai jadi doh (tak lembut sgt tak keras sgt
Proses buat inti pai ayam:
1. Tumiskan bawang putih yang telah diblender
2. Masukkan ayam kisar sehingga ayam masak
3. Masukkan bawang merah yang dipotong dadu
4. Masukkan sayur campur
5. Masukkan kentang dan gaul sebati
6. Masukkan mushroom soup (mushroom ni dah sememangnya masin so jgn byk ltk garam kat doh tadi)
7. Akhir sekali masukkan lada hitam yang ditumbuk

Proses buat pai ayam:
Uli doh (agak nipis) then masukkan dalam acu
mengikut bentuk acu. Aku letak aluminium foil
dalam acu sblm letak doh
Isikan inti ayam dalam acu macam yang zahra
buat tu. Kemudian letak mozarilla cheese
Uli doh untuk buat penutup pai.
Guna garfu untuk tekan2 keliling doh supaya
Lekat antara satu sama lain. Cucuk2 permukaan doh
untuk pengudaraan spy bhgian dlm masak
2 cawan tepung aku dapat 4 biji pai. Setelah
isi inti dlm semua pai then sapukan
kuning telur di permukaan pai. Tengok la zahra tu sibuk
juga nak menguli :-)
Bakar dalam oven suhu 180 degree selama 25min.
Hasilnya seperti di atas. Sekali tengok atasnya macam
biskut 4 segi or a.k.a biskut mayat hahaha
Gini la rupa pai ayam aku. Hampir sama
cuma agak masin dohnya. Mungkin
terlebih garam sudaaa huhuhu
Dalam banyak2 aku google ada yang penutupnya buat dari kentang iaitu resepi asal pai. Tak tau la betul ke tidak. Kiranya pai aku ni diupgrade gitu rupa a.k.a org malas buat pai mcm tu la hahaha.

Malam tu kami dinner pai je. Makan sebiji memang dah kenyang. Emmm ntah bila plak nak buat 2nd round hahaha.

Selamat mencuba!

Daaa...

PEMURAH

Assalammualaikum...

Dah hampir 2 bln aku tak update blog gara-gara pelbagai aktiviti yang dibuat siang dan malam **bunyi macam aku ni sibuk bebeno** Actually banyak benda nak disharekan disini tapi nanti lah. Aku akan update pelan2. Bukan apa kalo tak update nanti xde kenangan dah. Almaklumlah sekarang ni semuanya tangkap gambo guna handphone cucinye idok juge. So lebih baik gambo2 tu di transfer ke sini. At least setiap gambo tu aku akan ingat ape cerita disebaliknya :-)

Korang ingat tak peristiwa Daris warded and operation bulan september dulu?lebih kurang 9 hari aku dan family berkampung kat hospital. Sekembalinya dari hospital aku dan suami kerja seperti biasa. Kami agak cuak juga sebab masing2 cuti rehat dah tak banyak. Jalan terakhir kena ambil cuti tanpa gaji kalau anak masih tak sihat. So bila dah kerja semula ni tetiba diriku terase glamer sebab ramai orang tanya perkembangan anak aku *masa tu terpikir tak kan diaorang baca blog aku kot* hahahah. Rupa2nya ada sahabat yang emelkan pada staf dugaan yang sedang aku hadapi. Ya Allah malunya aku. Allah je tau betapa malu betul aku especially bila aku tau dalam emel tu juga minta sumbangan untuk bantu aku. Aku terus wasap suami bagitau. Rupa2nya dia pun sama alamai apa yang aku rasa.

Tak tahu nak cakap apa tapi macam2 perasaan ada. Aku dan suami tak minta cuma kami minta doa dari korang2 semua sebab doa tu pun dah cukup terbaik untuk kami berdua. Mulai dari hari pertama sehingga la lebih kurang seminggu ada saja yang datang ofis aku bagi sumbangan. Korang pernah tak rasa macam nak tolak pemberian tu tapi korang tak tercakap and korang menangis?aku tak la sampai menangis cuma sebak so cakap pun terketar2 je. Bukan apa sebab aku teringat keadaan anak aku masa sakit and ramai betul orang yang pemurah. Lepas tu aku terpikir anak aku tu pun ada insuran so aku serba salah nak terima sampaikan aku terpaksa cakap "eh takpe anak saya guna insuran" sebab aku taknak orang salah anggap pergi hospital mahal2 pastu minta sumbangan orang. Sedih tau T_T

Belum lagi cerita orang yang datang hospital and rumah semuanya ada beri sumbangan. Point aku ni bukan aku nak maksudkan orang yang bagi sumbangan ni menyusahkan tapi mereka2 ni buat aku dan suami terharu sangat2! Serious..aku tak tau nak ungkap macam mana perasaan tu. Tapi dalam pada itu ada juga aku dengar2 orang persoalkan aku kenapa masuk Prince Court. Apa korang rasa bila dengar persoalan tu?Dalam hati aku cuma cakap kalau ini berlaku pada anak dia aku doakan urusan dia dipermudahkan. Siapa taknak buat yang terbaik untuk anak sendiri kan?serious kalau aku takde insuran aku pun tak kan jejak ke prince court tu T_T

Kakak jual kuih berdekatan dengan rumah pengasuh anak2 aku tu pun tanya keadaan daris. Aku terkejut dia tau then dia bagitahu kat surau taman tu ada buat solat hajat untuk daris. Allahhu Akbar....speechless aku. Kat sekolah suami pun dia cakap pengetua arahkan satu sekolah buat solat hajat dan kutipan sumbangan.

Aku dan suami bersyukur sangat2 sebab urusan kami dihospital dipermudahkan dan kami juga bersyukur dikelilingi oleh orang2 baik..caring...sangat PEMURAH!

Sekiranya korang yang terbaca posting ini kenal aku atau suami dan pernah mendoakan daris atau beri sumbangan aku dan suami mungkin tak mampu membalas apa yang diberi cuma dalam doa kami In shaa allah kami doakan kalian semua dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan rezeki oleh-Nya.
Doa kami anda dimurahkan rezeki dan
dipermudahkan segala urusan di dunia
& akhirat

Daaaa..