Wednesday 9 October 2013

::: Hj. Mohamed Nor bin Pandak Arshad :::

30 Julai 2013 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1434H perginye seorang lelaki yang amat penting buat ibuku...Ya! bapa kepada ibuku dan juga lelaki itu adalah atok aku...

Pagi tu aku bekerja seperti biase..dalam pukul 8 lebih abah aku sms mengatakan tok sedang nazak..15 minit lepas tu sekali lagi abah sms mengatakan "tok nor dah pergi dulu"...aku col husband and bagitau die pasal tok dan kami pun bergegas balik rumah..amik zahra..dan terus balik kampung sehelai sepinggang..

Kali terakhir aku jumpa tok mase majlis berendoi zahra..mase tu keadaan tok mmg dah tak mampu buat apa2..tok hanya terbaring di atas katil jer..Doktor bagitau organ dalaman tok semua dah dijangkiti kuman..sebab tu doktor suruh waris bawak tok keluar hospital...

Walaupun aku tak serapat mana dengan tok aku tetapi kehilangannya tetap dirasai..kadang2 bile aku col mak tanya kabar mesti aku terlanjur tanya "tok mcm mane" coz sebelum ni soklan tu jugak akan aku tanya..huhu =(

Tok...Cucumu ini sentiasa berdoa agar kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

"Ya Allah..Engkau ampunkanlah dosa atokku dan cucurilah rahmat ke atasnya dan tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin....."

inilah satu2nya gambar berwarna atok yang aku ada
Anak-anakku...mungkin kalian tak pernah tengok arwah onyang ataupun tidak dapat mengingati wajah arwah...inilah die tok ibu yang juga onyang anak2 ibu..jangan lupe untuk sedekahkan Al fatihah dan doa kepada arwah er...

Daaa.....

No comments:

Post a Comment