Wednesday 14 September 2016

::KEPALA PAIP::

Assalammualaikum...

Amaran ----->>> Entry ini sangat panjang. Diharap anda bersabar membacanya. Jika tidak sabar sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera ;-)

Arini aku dah mula masuk kerja semula setelah cuti selama 4 hari. Selalu orang cakap Monday blues tapi aku arini nak ubah Wednesday blues hahaha. Giler beb sunyi gila opis ni..ramainya orang masih bercuti..almaklumla Jumaat ni kan 16hb September...Lor???tak kan korang tak ingat kot...kan Hari Malaysia tu..tu yang ramai ambil cuti seminggu huhuhu..iols je terlebih rajin (yang ye nya cuti tahunan dah hampir kehabisan)*tersipu2 malu*

Oppss...selamat hari raya aidiladha korang...ada buat korban ke??semoga ibadah korban yang korang buat tu berjalan dengan lancar...aku raya korban tahun ni balik rumah mertua kat Johor..Suami je yang tolong orang kampong buat korban..aku??hihihi aku pun korban jugak tau...korbankan seluruh tenaga menjaga 2 budak kecik tu kat umah hahahaha

Yang klakornya suami aku cakap lembu yang diaorang nak korban tu mengamuk sakan...amuk2 pun akhirnya selamat dikorbankan dan telah selamat berada dalam peti ais umah aku muehehehe
Kakak plak xsihat hari tu...melepek (lemah lesu dan seangkatannya) je dia dalam bilik..sian princess ibu ni..arini ibu kerja dia tinggal dengan ayah sebab ayah pun MC..prince ibu je hantar ke pengasuh hari ini..sian adik takde kawan *sob sob sob*

Eh! Korang..cuba korang tengok gambo yang aku bulatkan tu..agak2 korang tau tak apa makna lampu tu??


Sumber dari Google

Suami aku terperasan benda alah tu menyala masa kami on the way balik dari Johor semalam..masa tu kat pagoh kalau tak silap lebih kurang pukul 3.30pm..kami gerak dalam pukul 2pm..

*Tetiba*

He: Alamak! Menyala plak *muka panic sangat*

Me: Nape?stesen minyak jauh lagi ke *muka slumber cool giler sambil main HP* petrol je pun kan...

He: Stesyen minyak apanya..ni hah lampu enjin dah menyala ni..adoi napa plak ni *muka cuak*

Me: *terus tutup HP* mana bang mana? *mata melilau2 tgk kat skrin meter tu* OOOO tu enjin 
ye...nasib abg yang nampak..kalo syg yg nampak mungkin tak panic..sbb syg ingat tu kepala paip 
*dgn mimic muka yg baru nak panic*

He: *diam*

Korang nampak tak situasi di atas..betapa lemahnya aku dalam bab2 kereta ni..asal menyala je aku pikir minyak..hihi..plak tu boleh plak enjin difikirkan kepala paip (nasib hubby tak cakap kepala hotak kau hahaha)

Hubby pun park kat hentian sebelah then bukak enjin and dia try col mekanik kitaorang..Hubby cakap mekanik tu kata tak payah risau..masih boleh teruskan perjalanan..dia kata kereta tu kena buat pemeriksaan computer untuk detect  bahagian mana dalam enjin yang problem..hubby plak tanya aku macam mana..nak terus ke atau nak pegi service centre. Hah! Masa ni aku la yang paling bijak buat keputusan sebab aku dah lebih panic dari suami aku..serious weh aku mmg cuak giler bila sebut bab2 enjin masalah ni..so aku bagitahu suami exit kat tangkak and cari service centre yang paling dekat yang aku dah survey dlm internet masa hubby check enjin tadi *muka bangga sebab rasa bijak dan pantas berfikir*

Sampai kat service centre tu pukul 4pm lebih..nasib sempat and bila technician tu bagitau “benda alah” tu problem bocor (aku dah tanya suami nama “benda alah” tu apa..die sebut tapi aku yang tak paham)*sedih*

Tapi “benda alah” tu macam bentuk paip2 yang disusun bersebelahan..emmm korang boleh bayangkan ke idok?kalau tak dapat bayangkan takpe la..korang layan je la cerita aku ni hihihihi..2 jam jgk nak ganti “benda alah” tu..so aku cakap dekat suami jom cari teksi kita check in kejap mana2 hotel sebab sian kat kakak..tak sihat..yang adik plak bukan nak dukung lama2..aku Tanya kerani situ mana nak cari teksi..lepas dia tahu aku nak check in dia pun offer diri untuk tolong hantarkan ke hotel terdekat *baik sungguh staf2 di sini*

Then kami check in kat Ophir Hotel bersebelahan Petronas..check in 4jam RM60 tapi aku ambil 1 nite sebab harganya RM75 beza RM15 je sebab ntah ye ntah idak boleh siap 2 jam risau jgk..kakak lepas check in mmg terus tidur je..suami follow balik staf service centre tadi..dia memang tak puas hati kalau tak tengok..katanya takut kena tipu sebab kalo tak tengok tup2 kena caj harga mahal giler...tapi untuk “benda alah” tu plus dgn kos upah..GST semua dalam RM700 *gulp*

Bayangkan korang...hujung bulan ni weh..gaji seminggu lagi ni weh huhuhu..MIL & FIL bergilir2 col aku and husband sebab risaukan kitaorang ni..almaklum la..buat masa ini satu2nya anak dan menantu yang jauh dari dieorang..tapi jangkaan 2 jam tu mmg tepat dalam pukul 7.30pm macam tu suami dah sampi hotel..terus kejut kakak and kami pun check out jugak.

Sumber dari Google : Lokasi tidak jauh dari exit Tangkak.
Bersebelahan dengan Petronas. Maaf tak sempat nak buat review 
Alhamdulillah..jalan clear tak jem pun..Cuma kereta agak banyak..sampai rawang kami singgah Klinik Pakar SP Care..bawak kakak..sebab badan dah panas..die muntah pun die tak sedar huhuhu..Then singgah tol Sg Buaya untuk solat jamak..lebih kurang pukul 11pm baru sampai umah..oh ye b4 tu singgah jap kat drive thru KFC..kakak nak KFC..kami semua makan KFC tgh2 malam tu..takde selera pun sebab dah lewat sangat..makan buat lapik perut je nanti sakit perut plak lagi susah nanti. Lepas selesai kemas semua bagai pukul 1 lebih jugak baru aku tidur *muka sememeh je*

So now u know why i said today is Wednesday bluesssss...hahaha

Tips untuk pemandu wanita (mostly lelaki tahu):

1) Pastikan korang ada simpan manual book kereta korang. Kalo berlaku situasi di atas korang tau masalah apa kereta korang.
2) Ada nombor mekanik yang korang biasa deal..senang nak tanya apa2 yang patut.
3) Pastikan phone ada data internet (of coz tempat pun kena ada line)
4) Kalo perjalanan tu jauh memakan masa 4 ke 5 jam better gerak awal sebab apa2 hal hari masih terang benderang
5) Last not but least Ingat!!! Tu bukan KEPALA PAIP tau hehehehehee

Apa???weight progressive last week??adoyaiiii korang ingat jugak ye...huhu..Ok2 nanti aku update kat ENTRY yang berkenaan ye...check it out!

Daaaa....

No comments:

Post a Comment