Monday 28 November 2016

PEMURAH

Assalammualaikum...

Dah hampir 2 bln aku tak update blog gara-gara pelbagai aktiviti yang dibuat siang dan malam **bunyi macam aku ni sibuk bebeno** Actually banyak benda nak disharekan disini tapi nanti lah. Aku akan update pelan2. Bukan apa kalo tak update nanti xde kenangan dah. Almaklumlah sekarang ni semuanya tangkap gambo guna handphone cucinye idok juge. So lebih baik gambo2 tu di transfer ke sini. At least setiap gambo tu aku akan ingat ape cerita disebaliknya :-)

Korang ingat tak peristiwa Daris warded and operation bulan september dulu?lebih kurang 9 hari aku dan family berkampung kat hospital. Sekembalinya dari hospital aku dan suami kerja seperti biasa. Kami agak cuak juga sebab masing2 cuti rehat dah tak banyak. Jalan terakhir kena ambil cuti tanpa gaji kalau anak masih tak sihat. So bila dah kerja semula ni tetiba diriku terase glamer sebab ramai orang tanya perkembangan anak aku *masa tu terpikir tak kan diaorang baca blog aku kot* hahahah. Rupa2nya ada sahabat yang emelkan pada staf dugaan yang sedang aku hadapi. Ya Allah malunya aku. Allah je tau betapa malu betul aku especially bila aku tau dalam emel tu juga minta sumbangan untuk bantu aku. Aku terus wasap suami bagitau. Rupa2nya dia pun sama alamai apa yang aku rasa.

Tak tahu nak cakap apa tapi macam2 perasaan ada. Aku dan suami tak minta cuma kami minta doa dari korang2 semua sebab doa tu pun dah cukup terbaik untuk kami berdua. Mulai dari hari pertama sehingga la lebih kurang seminggu ada saja yang datang ofis aku bagi sumbangan. Korang pernah tak rasa macam nak tolak pemberian tu tapi korang tak tercakap and korang menangis?aku tak la sampai menangis cuma sebak so cakap pun terketar2 je. Bukan apa sebab aku teringat keadaan anak aku masa sakit and ramai betul orang yang pemurah. Lepas tu aku terpikir anak aku tu pun ada insuran so aku serba salah nak terima sampaikan aku terpaksa cakap "eh takpe anak saya guna insuran" sebab aku taknak orang salah anggap pergi hospital mahal2 pastu minta sumbangan orang. Sedih tau T_T

Belum lagi cerita orang yang datang hospital and rumah semuanya ada beri sumbangan. Point aku ni bukan aku nak maksudkan orang yang bagi sumbangan ni menyusahkan tapi mereka2 ni buat aku dan suami terharu sangat2! Serious..aku tak tau nak ungkap macam mana perasaan tu. Tapi dalam pada itu ada juga aku dengar2 orang persoalkan aku kenapa masuk Prince Court. Apa korang rasa bila dengar persoalan tu?Dalam hati aku cuma cakap kalau ini berlaku pada anak dia aku doakan urusan dia dipermudahkan. Siapa taknak buat yang terbaik untuk anak sendiri kan?serious kalau aku takde insuran aku pun tak kan jejak ke prince court tu T_T

Kakak jual kuih berdekatan dengan rumah pengasuh anak2 aku tu pun tanya keadaan daris. Aku terkejut dia tau then dia bagitahu kat surau taman tu ada buat solat hajat untuk daris. Allahhu Akbar....speechless aku. Kat sekolah suami pun dia cakap pengetua arahkan satu sekolah buat solat hajat dan kutipan sumbangan.

Aku dan suami bersyukur sangat2 sebab urusan kami dihospital dipermudahkan dan kami juga bersyukur dikelilingi oleh orang2 baik..caring...sangat PEMURAH!

Sekiranya korang yang terbaca posting ini kenal aku atau suami dan pernah mendoakan daris atau beri sumbangan aku dan suami mungkin tak mampu membalas apa yang diberi cuma dalam doa kami In shaa allah kami doakan kalian semua dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan rezeki oleh-Nya.
Doa kami anda dimurahkan rezeki dan
dipermudahkan segala urusan di dunia
& akhirat

Daaaa..


No comments:

Post a Comment