Berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul...saya amat2 respect dan kagum dengan kesabaran dan ketabahan kedua ibubapa Adam yang berjuang habis-habisan untuk anak yang tersayang...Pagi tadi sempat tengok MHI yang mengatakan esok adik Adam akan turun ke KL untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut...Dalam keadaan adik Adam yang macam tu diharapkan segala kos yang akan diterima oleh adik Adam ditanggung oleh Kerajaan yang semestinya prihatin dengan kebajikan dan kesusahan rakyat...Tambahan pula adik Adam terlalu kecil untuk menghadapi dugaan yang sangat berat tu...Hanya adik Adam dan Allah sahaja yang tahu penderitaan dan kesakitan yang dialaminya...
Pertama kali disiarkan kisah adik Adam ni memang aku tak tahan...aku pun nangis sama bile tengok keadaan adik Adam tu..kalau aku yang 1st time tengok pun boleh nangis..macam mane lah dengan ibubapanya yang mengadap adik Adam tiap-tiap hari..
Adik Ahmad Adam Syukri yang mengidap penyakit Brain
Damaged Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) @ dikenali sebagai
kerosakan pada saraf otak
|
Sekiranya kite ini berkemampuan untuk membantu adik Adam, sama-samalah kita membantu meringankan penderitaan adik Adam...sekiranya kite tak mampu, doa pun sudah cukup untuk membantu adik Adam..Pesanan dan peringatan kepada diri sendiri dan juga anda di luar sana "SAYANGILAH ANAK ANDA KERANA IA ADALAH ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI..JANGAN DIBUANG ATAU DIBUNUH ANAK ITU KERANA MEREKA TIDAK BERSALAH DAN YANG BERSALAH ADALAH DIRI KITA SENDIRI"
No comments:
Post a Comment