Selamat pagi semua...
Minggu ni kandungan aku nak masuk 16 minggu yg bersamaan dgn 4 bulan...tapi last week pergi scan and Dr. Nabila bagitahu baby kurang seminggu dari perkiraan yang sebenar...and yang buatkan aku sangat rase klakar bile tgk baby kat dalam skrin tu terlompat2 and terlantun2 badannya...agaknya lapar kut coz masa tu kul 12.00 pm lebih and aku tak breakfast lagi...huhuhu
Mula-mula rase hepi then bila Dr bagitahu yang uri (placenta) aku tu di kedudukan bawah amatlah menakutkan...aku sebenarnya tak tau pun ape bahayanya uri di bawah tapi bila Dr bagitahu suruh aku berhati2 tu yang buat aku tibe2 mood berubah kepada cuak...huhuhu...So balik tu aku pun bukak internet and wat research skit pasal uri di bawah ni...And di bawah ni aku nak share dgn korang2 sekiranya mengalami situasi yg sama mcm aku..
Plancenta (biasa kite panggil uri) adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan
bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada
bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di
bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi
sepatutnya keluar dari rahim. Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang
laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan
memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
No comments:
Post a Comment