Sunday 21 December 2014

::: SARAPAN ROTI SOSEJ :::




Korang perasan tak?sejak aku mula berjinak2 tulis blog ni aku baru perasan yang aku tak pernah pun pos pasal resepi...cite pasal makanan banyak hehehe..Tetibe arini macam rasa nak share resepi yang simple je..aku ni bukan la pro sangat bab masak memasak ni..tapi boleh la sekadar untuk suami and anak...

So bangun pagi tadi tetibe datang idea nak buat Roti Sosej..ala korang mesti dah biasa makan dah..silap haribulan dah professional pun..huhu...tapi roti sosej ni style aku yang tak berapa rajin sangat ni! Hihihi
Okay..jangan cite banyak jom kite tgk bahan2 and cara2nya...........

Bahan-bahan:
Sosej keju (aku beli yg 1 paket tu ada 6 batang)
Kepingan keju (aku potong 3)
Roti (aku pakai gardenia yg pendek ~ ada lebih kurang 13 keping)
Telur 2 biji

Cara-cara:
1)     Rebus sosej keju ~ aku agak2 je berapa lama masa nak rebus tu
2)     Sementara sosej tgh rebus tu aku potong sisi2 coklat kat roti tu. Kalo rajin sisi tu boleh digoreng tanpa minyak then dah garing boleh tumbuk untuk buat serbuk roti. Then serbuk roti tu boleh disalut pada roti sosej tadi. Tapi mcm aku ckp awl2 tadi aku ni agak pemalas so mmg tak buat le serbuk roti tu..huhu
3)     Roti tu kemudian aku lenyek dengan gelas sebagai penggolek (boleh paham ke?or a.k.a as roller) untuk menipiskan roti tu tadi.
4)     Lepas tu aku letak kepingan keju yg dah potong 3 tu (letak 1 je potongan je) atas roti. Kedudukannya di tengah2.
5)     Sosej yg dah rebus tadi aku belah 2 (so aku akan dapat 12 batang...kan dapat banyak tu..walaupun aku malas tapi aku bijak dlm berjimat..hahaha)
6)     So sosej yg half tu aku letak atas keju tadi.
7)     Then aku gulung2 roti tadi supaya keju dan sosej bersatu dalam gulungan.
8)     Aku ulang step 4-7 sampai habis sosej tadi dan terhasil la macam ni. (korang yang family ramai mesti cakap mcm tak cukup je kan?nnt korang tengok mcm mane aku bagi cukup untuk family yg besar...hihihi)



9)     Then aku pecahkan telur (ala2 mcm nak wat telur dadar tu)
10)  Celupkan gulungan sosej tu tadi..aku buat ni masa minyak dalam kuali dah panas. Aku buat satu2 then masuk dalam kuali yg myknye tgh panas. Macam dalam gambo ni.



11)  Hasilnya jadi la mcam ni...

 
12)  Last sekali boleh dihidangkan untuk family..oopppsss..lupe nak bagitau kalau korang nak banyakkannya korang buat mcm gambo di bawah ni..Taaadaaaa!!!!

 
aku potong 3..hihi
Amacam simple tak sarapan aku arini?hihi..masa yg aku amik lebih kurang 15 minit je..Satu lagi kalo korang nak jimat masa korang boleh jgk jadikan frozen food iaitu before korang celup dgn telur korang masuk dalam Tupperware..simpan dlm peti ais..and bile nak goreng korang kuarkan dari peti ais.

Peringatan: Roti sosej ini sangat sedap dicicah dengan sos cili yg dicampurkan dengan mayonis! Tak pecaya korang cuba sendiri..(lupe nak upload pic sos)

Kalo ada yg dah try resepi ni boleh le share samada berjaya ke idok..

Daaa....

No comments:

Post a Comment