Sunday 28 December 2014

::: Tabung Bencana Banjir :::

Seperti yang kite semua maklum..beberapa negeri di Malaysia telah diuji oleh Allah dengan bencana yang menimpa mereka iaitu banjir yang pada saya sangat luar biasa...

Pagi semalam dan hari ini saya tengok NLKO..dan 2 ari berturut2 seorang pemanggil ini telah dihubungi bertanyakan status beliau dan penduduk2 yang lain...difahamkan mereka ini mencari tempat berteduh di sebuah bukit yang terletak di kampung guchil 7...saya pun tidak pasti di mana...lebih kurang ada seramai 1000 ++ orang yang berada di atas bukit tersebut..dan mereka telah terperangkap dan sukar mendapat bantuan bekalan makanan..semalam luq (pengacara NKLO) telah menyeru mereka yang mendengar siaran semalam dapat memberikan bantuan..

Malangnya pada hari ini...beliau menyatakan bantuan masih tidak dapat diterima lagi..beliau juga menyatakan faham bahawa kesukaran bantuan untuk datang ke tempat tersebut dan kemungkinan tidak dapat menjejaki mereka..beliau juga menyatakan kemungkinan terdapat lagi penduduk yang di sebelah pendalaman yang masih terperangkap dan belum menerima bantuan..

Marilah kita sama2 berdoa agar mangsa2 yang terlibat dengan ujian ini dipermudahkan segalanya dan dapat menghadapi dugaan tersebut dengan tenang...

Saya juga menyeru kepada diri saya dan korang yang sedang membaca tulisan ini agar sama2 dapat membantu...sekiranya kita mampu..korang boleh salurkan sumbangan korang kepada tabung bencana banjir seperti berikut:

Sumber: Laman web TV3
Saya dah..anda bile lagi? (bagi yang berkemampuan)



Daaa...

No comments:

Post a Comment