Friday 23 September 2016

Konvokesyen UPSI

Assalammualaikum...

Baru ada peluang nak update blog. Minggu ni agak sibuk sebab bertugas as AJK Istiadat Konvokesyen UPSI ke 18*sigh* Sampai esok uols..iye..tau esok Sabtu..what to do "saya yang menurut perintah" hihihihi

Well tahun lepas aku missed this duty due to still in confinement..sgt suka hati hahahaha tapi aku bagi full commitment tau setiap kali mesyuarat persediaan konvo tu (tetap nak puji diri) ;-b

So tahun ni aku tukar portfolio. Kalau dulu aku di bawah perarakan Canselor then kali ni aku jaga perarakan Utama. Petang ni dah masuk hari ke 4 sesi ke 8. Tinggal 2 sesi je lagi esok.

Geng Perarakan Utama
Setakat dah buat portfolio baru ni aku boleh katakan yang jaga perarakan canselor tak susah mana tapi susahnya bila kita nak berkomunikasi dengan orang2 VVIP ni..and most important memang kena tau bab2 protokol yang mana bab itulah yang paling aku ZERO ;-b

Perarakan Canselor masuk ke dewan

Perarakan utama plak nak berkomunikasi tak susah mana and semua ahli pun orang2 kita juga cuma numbers of them terlalu ramai and bila tibe masa nak beratur tu kepala kena jadi macam zirafah sebab kita akan tercari2 orang2 ni. Dah la semua pakai jubah jadi semuanya akan nampak sama sampaikan bila aku check barisan aku kena jenguk betul2 muka dieorg tu hahahaha

Kadang2 bila buat macam tu terasa macam cikgu2 sedang menyusun atur kanak2 tadika untuk rombongan hahaha. Sebab apa kena susun?sebabnya nak pastikan mereka akan duduk dikerusi yang betul di atas pentas tu nanti and nak pastikan tiada siapa kat atas pentas tu nanti tercari2 kerusi masing2 or worst case dieorg takde kerusi! (kalo terjadi bersiap sedia la lps tu akan dipost mortem)

Perarakan Utama masuk ke dewan
Paling mencabar adalah apabila perarakan dah hampir nak masuk ke dewan tapi ada 2 atau 3 orang masih tak sampai2 then pada masa tu kami kena buat keputusan dengan bijak dan cepat untuk arahkan mereka yang jaga kerusi atas pentas menarik kerusi2 tersebut. And kerusi yang ditarik mestilah dipastikan kerusi yang  betul. Jangan sekali2 tersalah tarik hwahwahwa menangis mak nnt nak ;-)

Kalau korang yang pernah masuk dewan konvokesyen dan tengok istiadat berlangsung mesti korang nampak semua perarakan masuk sangat smoothly tapi ketahui la korang bahawasanya petugas2 di luar dewan sangat berdebar2 dan memang bukan mudah ye uols. Uols yang pernah melalui macam aku syabas bettey! korang berjaya membuat tetamu nampak proses tersebut berjalan dengan lancar.

Perarakan keluar dewan diketuai oleh Bentara
Ada satu cerita kelakar..masa sesi kedua..tak pasti mana silap tetibe nampak kerusi di atas pentas bahagian hadapan sekali ada kosong 2 yang mana sepatutnya kosong satu sebab kosong satu tu untuk perarakan pro canselor masuk duduk nanti. Punya la kalut masa tu sebab kami kat pintu dewan hanya nampak dari jauh je kerusi2 tu. So yang membe aku cakap kerusi yang kosong tu dekat depan yang aku plak cakap nampak mcm kosong tu kat belakang (mmg akn ada kerusi kosong tapi dibelakang bukan di depan). Then kami perasan sorang prof tu bergerak pelan2 untuk memenuhkan krusi yang kosong tadi then followed by prof yang lain. Memang nampak comel macam penguin sebab dieorang kan pakai jubah gerak plak slow2 je hahahaha bagus betul prof yang gerak pertama tu hihihi Lepas tu bila kami check semula layout then baru kami tau ada sorang yang dah tersalah masuk row ;-(

So you guys jangan ingat AJK Perarakan ni buat kerja senang as easy as abc ye. Setiap AJK yang telah diamanahkan ada cabarannya masing2. Begitu juga dalam hidup ini kadang2 kita rasa kita je la yang paling susah sedangkan kalo kita banyak berjalan dan buka mata luas2 akan nampak lebih ramai lagi yang lebih susah dari kita. So please appreciate what do you have now and please jangan merungut2. Reminder for me too :-)

Standard mmg ada pada hari konvo
Pada adik2 yang sedang/telah bergraduat dari hari selasa sampai esok akak ucapkan tahniah! dan selamat menempuh alam pekerjaan yang pastinya cabaran baharu bagi adik2 semua. No tips but buat kerja tu sungguh2 ye ;-)

Tahniah Adik2!
Good Luck you guys! :-)

Kepada mereka2 yang berhampiran dengan UPSI korang dialu2kan untuk datang ke sini. Boleh shopping kat tapak pesta konvo. Aku pun dah 4 hari bertugas masih tak jejak lagi ke sana (see..im so ooo buzy). Terima kasih kepada korang yang dah pun datang. Appreciate it! :-)

Daaaa.......

No comments:

Post a Comment