Saturday, 1 October 2016

The Story Begin...Part 1

Assalammualaikum...

Hari ni aku nak berkongsi cerita sedih yang terjadi dalam hidup aku. Iye setiap orang ada kisah suka duka mereka tetapi aku sendiri nak kisah ini disimpan dalam blog untuk tatapan anak2 aku kelak. Selain itu mungkin dari kisah aku ini juga boleh dijadikan panduan dan persediaan kepada mereka yang berada di luar sana sekiranya perkara yang sama terjadi.

25/9/2016 (Ahad)

Tarikh yang menjadikan kisah ini bermula. Pada tarikh ini aku dan suami merancang untuk bawa anak2 pergi 'jalan2' sebab aku bekerja sehingga ari sabtu 24/9/16. Kami bercadang nak pergi aquaria atau serdang. Tetapi kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.

Tepat jam 2am anak kedua aku Daris Zharfan tiba2 nangis. Dan waktu ini memang biasa dia bangun untuk menyusu. So aku buat susu bagi dia tapi dia tolak then aku bagi air masak pun dia tolak. Aku dukung Daris dan dia terus peluk aku dan kakinya memanjant2 badan aku sehingga bahagian perutnya ditekan dekat bahu aku (posisi seperti menggengdong). Aku boleh dengar dia seperti meneran dalam dia menangis tu then aku kejut suami bagitahu dia untuk bagi ubat pancit sebab aku fikir dia maybe sembelit.

Lepas masuk ubat Daris berak tapi najisnya tak seperti biasa. So aku bagitau suami mayb daris sakit perut. Tak lama lepas Daris lena semula. Tapi lbh krg setengah jam sekali dia akan bangun dan nangis macam sebelumnya. Kali ni aku dengar die bkn meneran tapi mengerang mcm orang tahan sakit.

Aku ngan suami dah mula risau. Jam 6am aku suami zahra bangun bawa Daris pegi urut kat rumah makcik yang biasa aku pergi untuk berurut. Makcik tu cakap perut daris macan senak. Selesai berurut kami balik rumah dan alhamdulillah Daris tido semula. Aku plan dgn suami utk ambil cuti hari isnin nak bawa daris pergi buat check up sbb risau juga. Tak nak kejadian pada bulan ramadhan berulang lagi (cerita ni nanti aku buat throw back).

8am Daris bangun dan nangis sedikit so aku tahu kali ni lapar sebab xminum langsung dari jam 2am tadi. Daris minum sampai habis. Then aku mandikan dia dan lepas mandi letak dia dlm walker sebab nak tengok dia aktif ke tak. Aku main kejar2 and nampak la dia lari sambil sengih2 gelak2. Tapi plan nak bawa pegi jalan2 memang tak jadi sebab nak tengok perkembangan daris dulu. Lepas aku mandi aku tengok daris monyok je mukanya and dia senyum pun xnak. Lepas nampak aku die merengek. Then aku bagitau suami kena bawak daris pergi SP care rawang.

Selepas zuhur kami pergi klinik then doktor bagi ubat dan pesan kalau dalam masa 2 hari dia masih macam tu then bawa semula ke klinik. Lepas selesai dapat ubat aku terus bagi daris makan antibiotik dan ubat sakit perut dulu sebab dia dah menyusu sebelum ini. Lepas bagi ubat daris muntah memancut mancut. Habis semua susu keluar. Baby car-seat pun habis kena muntah. Selepas salin baju kami pergi tapau makan then balik rumah. Petang tu aku buat bubur kosong untuk daris. Suapan pertama die muntah. Aku tunggu sekejap then suap semula sebab aku tau dia memang dah lemah walaupun secara fizikalnya xnampak dia lemah. Alhamdulillah walaupun xbanyak makannya tapi dia mahu jugak makan dan xmuntah. Aku rasa sedikit lega.

Pada malamnya pula daris sekali lagi diserang rasa sakit yang sama sebab untuk melegakannya aku kena gengdongkan dia. Kali ni sakitnya datang lbh krg 2 jam sekali. Aku dan suami mmg tak tidur. Susu daris langsung tak minum. Hanya air masak sahaja. Pada masa tu aku cuma mengharapkan cepat la hari siang. Dalam fikiran macam2 aku fikirkan. Biasalah naluri seorang ibu. Its normal apabila ibu fikir bukan2 bilamana anak2nya xsihat. Bukan taknak fikir positif tapi negatif tetap menguasai minda.

26/9/2016 (Isnin)

Sementara daris masih tidur aku survey2 doktor and hospital yang aku nak bawa daris nanti. Then jam 8.30am aku call KPJ Tawakkal KL utk buat appoinment. Aku pilih Dr Zarin Ikmal Zan as a consultant. Appmnt pagi dah full so nurse minta datang petang. Kami gerak jam 2pm dari rumah.

**bersambung Part 2**

Daaaa....


No comments:

Post a Comment