Saturday, 1 October 2016

The Story Begin...Part 2

Assalammualaikum...

Bersambung dari cerita Part 1 kami sampai KPJ lebih kurang jam 2pm. So tunggu klinik buka setengah jam lagi. Selepas register giliran aku yang ketiga. Daris sakitnya masih lagi sama. Yang buat aku rasa sedih bila tengok dia menahan sakit sampai bongkok2 dan tertidur *nak ceritakan ini pun aku dah rasa sebak*

Lebih kurang sejam menunggu tiba giliran kami. Jantung aku masa tu hanya Allah saja tahu kerisauan seorang ibu. Tapi pada wajah aku tak menunjukkan kerisauan aku. Berbeza dengan suami aku nampak dia sangat stress. Sebab tu aku tak bercakap sepanjang menunggu giliran sebab aku tahu pada waktu ini dia lebih suka berdiam. Dr Zarin periksa anak aku then dia suggest untuk buat xray dan ultrasound. Kami pergi deparment yang dimaksudkan dan sekali lagi tunggu giliran. Tak lama menunggu tiba turn daris untuk xray. Biasa la budak kecik tengok yang pelik2 mula la menangis. Oh ye Daris baru je 10 bulan. Kecik2 lagi dia dah kena facing all this things. Seterusnya tunggu turn plak untuk ultrasound.

Aku susukan daris then xsampai 5 minit dia muntah balik susu tu. Aku kelam kabut bersihkan daris. Tukar seluar baju semua then masuk bilik ultrasound. Kali ni lagi teruk daris nangis. Jadi ambil masa sikit staf tu nak scan dia. Lebih kurang 15 minit then staf tu minta tunggu sebab doktor plak nak buat and review. Aduh sekali lagi jantung ni dup dap dup dap. Aku tak pasti apa yang doktor tu cakap dengan staf tadi tapi naluri aku rasa there was something not good with my son. Mata aku mula bergenang sambil tengok daris menangis2.

Setelah selesai kami jumpa semula Dr Zarin sebab doktor tu yang akan bgtau semua keputusan. Untuk kali ketiga dada aku rasa sakit tapi aku tetap jaga riak wajah agr suami tak risau. Sebelum tu dia ade tny apa kata doktor ultrasound. Aku cuma jwb xde pape and tunggu Dr Zarin bagitau. Dalam hati hanya Allah je tau betapa hati isterimu ini sangat takut dan risau. Dr Zarin memulakan komunikasinya agak serius. Masa tu fikiran aku mengatakan apa yg aku risau selama ini dah terjadi. Dia menunjukkan film xray & ultrasound. Dan satu moment yang amat perit untuk parents terima hakikat apabila doktor mengesahkan daris ada cyst di saluran hempedu dan saiznya 3cm! Ya Allah dia baru 10bln dan perlu menanggung segala kesakitan. Masa tu rasa nk gugur jantung..sesak nafas..nak nangis..semua ada. Tapi aku tetap control. Sebab aku nak concentrate ape yg doktor akn bgtau lg. Doktor suggest cyst tu perlu dibuang melalui pembedahan. What???!!! Operation???!!! Umur 10bln tu perlu ke lalui semua tu.
Warna hitam tu adalah cyst
Aku dan suami xde bincang ape terus stuju untuk doktor buat operation sbb aku xsanggup dah tengok daris menahan sakit lebih2 lg bila dah tau dia sakit apa. Ya Allah sesungguhnya ujian yang Engkau berikan ini amat berat untuk kami berdua tapi kami yakin Engkau maha pengasih penyayang lagi mengasihani. Engkau permudahkan lah urusan ini. Doktor minta kami keluar sementara dia nk discuss dgn pakar bedah. Tak lama doktor panggil masuk. Doktor bedah xmampu nak buat sebab anak aku masih kecik and penyakit tu dikategori sbgai conginetal (penyakit dari lahir). In that case insurans will not covered. Sekali lagi aku rasa blank. Aku xmampu nak berkata apa2. Doktor suggest dia akn buat surat ke HKL utk attention dato zakaria. Surat tu diserahkan pada kami utk bwk sendri ke HKL. Masa tu jam dah pukul 5 lebih. Dekat parking kereta kami discuss samada nak ke hkl atau ke panel yang lain. Kami call agen and agen advice pergi panel yang terdekat. Kami tak pasti hospital mana yang terdekat tapi based on waze nearby hospital was pusrawi tapi kami terlepas jalan sebab hubby stress and dia blank peta waze tu. Aku bagitau suami tarik nafas and kita perlu tenang.
Result xray & ultrasound
Kemudian aku tengok semula list panel. Next yang terdekat adalah Prince Court Medikal Centre (PCMC). Aku dan suami tekad dan terus menuju ke PCMC. Tapi dalam hati kalau conginetal insuran xcovered then mana nak cari duit untuk bayar. Then terfikir plak macam mana blh dikategorikan sebagai conginetal sedangkan last ultrasound buat adalah bulan feb 2016 (sbb daris pro long jaundice) dan keputusan ultrasound adalah baik dan tiada masalah. Sebab itu kami ada keberanian untuk meneruskan rawatan di PCMC.
Prince Court Medical Centre
Sampai PCMC lebih krg jam 6pm and kami register kat ER. Agak lama tunggu turn sebab ramai sangat orang kat ER tu. Tiba giliran Daris doktor incharged interview aku dari A to Z. Aku bagitau KPJ xboleh buat. Tapi doktor tu bagi sinar harapan pada aku sebab dia kata ada doktor boleh buat and dia cuba tanya doktor tu dulu. Ada sedikit rasa lega. Tapi aku minta dia tanya doktor tu samada cyst tu conginetal ke tak sbb aku ade masalah dgn insuran nnt. Dia faham dan selepas tu dia kata dia akan admit dulu anak aku dan akan isu GL pada insuran dgn reason untuk pemeriksaan lebih lanjut. Alhamdulillah insuran approved GL yang diminta.

Selepas ambil darah Doktor bedah yang dimaksudkan iaitu Dr Syariz datang tangok daris dan dia tanya kami apa yang kami faham dari keputusan ultrasound tu. Kami ulang semula apa yg Dr Zarin bgtau then Dr Syariz menerangkan lagi lebih details penyakit anak aku ni. Pembedahan boleh dibuat sekiranya daris bebas dari radang pankreas yang berpunca dari cyst tu. Thats why sample darah diambil utk tengok status pankreas daris. Lebih kurang jam 10.30pm kami dapat bilik dan ditempatkan di Wad 6C bilik 11.
Dr syariz - paed surgeon
Daris kat ER

Daris baru lepas menahan sakit huhu

Suasana bilik 11 wad 6C

Kami 4 beranak tidur di sini
Lepas masuk wad suami balik rumah packing apa yang patut dan sampai semula PCMC jam 3am.

**bersambung Part 3**

Daaaa...

No comments:

Post a Comment