Sunday, 2 October 2016

02102016

Assalammualaikum...

02102016 ----》Tarikh yang amat bermakna untuk aku dan suami. Pada hari ini genap ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6. Alhamdulillah sepanjang hidup bersama pelbagai suka duka dan dugaan yang telah kami lalui.

Tidak seperti tahun2 before ni kami akan meraikan ulangtahun sekadar dinner di luar bersama anak2. Tapi tahun ni agak unik kerana kami raikan di hospital bersama Maggie Cup Tom Yam hahahaha. Dan hadiah yang paling bermakna buat kami apabila doktor bgtau yang daris akan discaj selasa nnt. Yeay!!!! Home sweet home :-)

Tahun ni juga ulang tahun perkawinan kami jatuh pada hari awal muharram. Alhamdulillah semoga di awal tahun islam ini akan byk perkara2 baik yang akan berlaku dalam kehidupan kami. Semoga segala kesukaran yang telah kami lalui akan ada hikmahnya tersendiri. Sesungguhnya Allah maha besar..maha pengampun..maha pengasih lagi maha mengasihani. Engkau maha mengetahui setiap perkara yang tersirat dan tersurat.

Kepada kedua2 belah keluarga..saudara mara..sahabat2..bos2 dan rakan sekerja..terima kasih aku ucapkan atas doa dan sokongan yang telah diberikan. Hanya Allah sahaja dapat membalas setiap kebaikan yang telah diberikan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan di dalam rahmat-Nya. Amin.
Hepi marriage anniversary abang.
Love u till Jannah :-)
UPDATE:
Tak sangka ptg tu dlm jam 4pm mak dan adik bradik aku datang and buat surprise. Kek anniversary SR untuk kami.
Sambutan awal muharram & anniversary
yang takkan dilupakan :-)


Daaaa...

No comments:

Post a Comment