Tuesday, 4 October 2016

The Story Begin...Part 3

Assalammualaikum...

《《Entry kali ini tiada gambar》》

27/9/2016 (Selasa)

Doktor datang melawat dan bawa berita gembira. Result darah daris menunjukkan radang pankreasnye mild sahaja. So operation blh dibuat. Mengikut info dari doktor sekiranya radang pankreas serius maka operation xblh dibuat sebab kawasan cyst tersebut sangat lembut and akan menyebabkan byk bleeding bile operation. Untuk pulihkan radang tu pesakit akn diberi antibiotik dan slps sembuh baru boleh operate. Alhamdulillah daris tidak perlu lalui semua tu. Kalau tidak akan lagi lama aku kena tengok die menahan kesakitan. Cukup la. Mmg as a mother tak sanggup tgk anak yg masih belum bercakap dalam kesakitan.


Doktor minta daris puasa bermula 3am sebab rabu pagi akan buat ultrasound untuk tengok lebih details kalau2 ade saluran lain yang bengkak. Daris menyusu dan makan macam biasa tapi die akan muntah semula. Jadinya bila kena puasa 3am ibarat dia tak makan minum seharian. Pukul 5am daris bangun. Minta susu. Aku blh pujuk2 je dia minta bersabar. Budak sebesar itu apa la yang dia faham. Aku kuatkn hati dan biar saja die menangis tersedu sedan. Ya Allah lambatnya nak pukul 9am. Nurse masuk untuk check daris and aku tanya blh tak dia minum air masak. Jawapannya mmg tak boleh and nurse kata biar dia nangis lama2 nanti dia penat and tidur. Tapi daris tak juga tidur. Macam2 brg aku bagi dia pegang  utk bagi dia leka tapi sekejap je. Then dia akn nangis semula bila brg tu masuk dalam mulut xblh dimakan :-(

28/9/2016 (Rabu)

8.30am nurse datang dan bagitahu dah blh buat ultrasound. Alhamdulillah tak perlu tunggu pukul 9. Pada masa ini daris tak nangis tapi dia sedang mengerang menahan kesakitan :'-( semasa ultrasound lagi kuat daris menangis. Doktor mintak husband pegang tangan dia dan aku pegang kaki sbb dia meronta2. Mungkin meronta takut + lapar. Doktor tengok cyst yang ada dan mengukur sizenya. Then aku tanya berapa cm. Doktor kata 5cm! Eh tapi scan aritu 3cm. Doktor kata mayb cara doktor mengambil bhgn untuk diukur tu berbeza. Tapi memang confirm 5cm. Ya Allah patut la kesakitan daris teruk sangat sampaikan makanan dan minuman akan keluar balik huhuhuhu.

Tengah hari doktor datang dan tanya kami samada nak proceed atau tidak. Untuk pengetahuan korang pada masa ini pihak insurans dah reject GL sebanyak 3x. Sebelum doktor datang kami suami isteri buntu memikirkan mana nak cari duit. Bukan taknak buat dekat GH tapi kami tahu pasti kena tunggu turn sbb ramai (kami faham based on situasi mak aku dulu). Aku tanya doktor kos keseluruhan then kosnya around rm25000 dan perlu buat deposit dalam amaun yang sama pada hari itu jgk *gulp* tanpa fikir panjang kami terus setuju dan doktor bagitahu operation akan dibuat esok jam 8.30am. Selepas doktor pergi aku wasap pegawai bank untuk tanya kelayakan aku untuk buat loan. Dalam keadaan sekarang dah tak fikir dah komitmen boleh ke tak boleh yang aku tahu nak lepaskan kesengsaraan daris :'-(

Kemudian husband aku called parents dia and aku wasap adik beradik aku. Kami berdua menangis sebab family kami sanggup nak bantu sampaikan ada yang sanggup nak pajak barang kemas semata2 untuk daris :'-( selain berusah, solat hajat dan bertawakal akhirnya rm25000 dapat kami buat deposit pada petang tu juga. Malamnya suami dan zahra pergi cari makan dan dobi baju. Aku habiskan masa melayan daris sebab esok pagi daris akan menjalani pembedahan. Ntah berapa banyak kali dah aku nangis *ish tetibe nak berair plak mata ni* biasa la ibu suka fikir yang bukan2. Aku rakam video daris senyum tangkap gambar kami berdua. Tetiba sakit daris datang then aku gendong dia untuk melegakan. Dia nak minum susu tapi 5 min lepas tu dia muntah. Sebelum ni ada la jugak sejam dua baru muntah. Kali ni makin teruk plak :'-( dan malam tu aku dan daris memang tak tidur sebab daris sakit sejam sekali. Ntah berapa banyak kali dah dia muntah. Even kalo daris boleh tidur pun aku tetap xboleh pejamkan mata. Sama macam semalam daris kena puasa 6 jam untuk susu formula dan makanan 4 jam untuk susu badan dan 2 jam untuk air masak. Kali terakhir daris minum air masak pukul 6am. Sedih tengok dia macam minta aku bagi susu. Aku tahu dia lapar dan lemah :'-( Ya Allah berilah ketabahan kepada hambamu ini.

**bersambung Part 4**

Daaaa....

No comments:

Post a Comment