Maaf entry kali ini agak lewat memandangkan sejak discharged mmg aku fokus pada keaktifan daris. Risau sekiranya dia meniarap sebab tempat luka masih belum pulih sepenuhnya. Tapi peristiwa yang berlaku tak mungkin aku lupakan dan semoga entry ini menjadi bacaan anak2 aku kelak :-)
29/9/2016 (Khamis)
Aku sememangnya dah tak boleh tidur dan asyik melihat daris kat baby cot je. Bila sakit dia datang aku akan dukung dia seperti biasa. Dan semasa dukung tu aku akan berfikir apa yang akan jadi nanti and of cos ait mata pun laju je keluarnya :'-( Bukan aku tak nak daris tidur dengan aku dekat katil tapi kak longnya pun tidur nak peluk aku. Bertiga atas katil bukan tak muat tapi risau keselamatan anak2 plak nanti kot terjatuh. Suruh kak long tidur dalam baby cot tak nak plak die. "Nak peluk ibu" itu je ayatnya. Budak 3 tahun bukan tau ibunya tengah susah hati. Tapi sekali sekala dia akan tanya "ibu kenapa ibu nangis?" Bila dia nampak aku nangis. Aku senyum dan ngeleng kepala je kat dia.
Jam 7.45am nurse masuk bilik minta aku bersiap sebab katanya bilik OT dah called. Nurse bagi pakaian daris yang khas untuk baby yang kena operation. Comel bajunya tapi hati ibu dup dap dup dap. Aku minta nurse bagi masa sekejap sebab aku nak mandikan daris. Then aku and suami mandikan daris. Lepas mandi yong (kakak sulung) aku datang. Then aku salam dan peluk. Terus aku nangis. Yong bagi semangat kat aku dan minta aku istifar banyak2. Kemudian aku pakaikan daris baju comel tadi. Lepas siapkan dia aku cium dahi dan pipi dia bertalu2 sambil menangis. Sebaik je siap nurse masuk dan bagitahu dah boleh gerak. Aku bagitahu nurse yang daris tak perlu baring dalam baby cot biar aku dukung dia dan nurse tu pun ok dengan permintaan aku.
Aku, suami, yong dan zahra masuk dalam bilik OT di waiting area. Sejuknya bilik tu. Harap2 daris boleh tahan :'-( Nurse yang bertugas di bilik OT minta sorang saja tinggal dengan baby dan yang lain boleh tunggu di luar bilik OT. Kemudian aku dan daris dibawa ke katil daris sementara menunggu doktor syariz sampai. Aku diperkenalkan dengan Dr Azmil iaitu doktor pakar bius untuk daris nanti. Dia explain cara dia akan bius daris nanti. Aku fokus pada dia tapi pandangan aku kosong je. Seolah2 aku tak dengar pun apa yang dia bagitau. Tapi malam sebelum tu dah ada doktor bius bagi penerangan pasal cara bius tu cuma bukan dia tapi pakar yang lain.
"Puan dah tiba masanya ya puan. Kami nak bawa baby ke dalam bilik pembedahan" air mata masa tu tetiba saja boleh turun dengan lajunya sedangkan lepas masuk bilik OT tu tadi aku cool semula. Aku cium peluk daris sambil menangis and cakap dengan daris "adik..adik kuat kan..adik bertahan ye..ibu tunggu kat luar..sekejap je ye adik" *menaip ni pun ibu menangis lagi* :'-( :'-( :'-( Aku diminta keluar menunggu bersama2 dengan suami, yong dan zahra. Kami akan dipanggil setelah selesai semuanya. Aku berterusan menangis sambil keluar dari bilik tu dan terus duduk sebelah suami. Ambil masa jugak untuk aku bertenang semula. Setelah tenang aku baca yassin dan doa penenang hati. Yong la yang melayan karenah zahra ketika itu :'-(
Suami bagitahu Dr syariz maklumkan kat dia yang doktor tak boleh buat operation cara tebuk lubang sebab dia takut tak fokus memandangkan dia ada serius slip disk then dia akan buat cara belahan. Sebelum tu Dr syariz memang dah explain kat kami 2 kaedah tu dan kami pilih kaedah tebuk lubang sebab baby akan kurang sakit dan parut pun almost takde tetapi doktor memerlukan ketelitian yang tinggi. Kaedah belahan plak memudahkan doktor tetapi baby akan sakit lebih sedikit dan penjagaannya pun kena lebih berhati2. Tapi kami tak kisah mana2 kaedah pun yang penting pembedahan berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi. Doktor bagitahu pembedahan ambil masa 2 jam. So aku expected operation akan selesai jam 12pm.
《《Kedua2 video dirakam oleh yong》》
**bersambung part 5**
Daaa...
No comments:
Post a Comment