Tuesday, 25 October 2016

The Story Begin...Part 5

Assalammualaikum..

AMARAN: POST INI MEMPUNYAI GAMBAR YANG MUNGKIN AKAN MENGGANGGU EMOSI ANDA. SEKADAR UNTUK PERKONGSIAN.

Sambungan dari part 4..akhirnya operation selesai jam 12.30pm. Sebaik saja doktor buka pintu bilik OT kami semua lega bila tengok muka doktor ceria. Means operation berjaya dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Doktor terus duduk sebelah aku dan explain apa yang dia dah buat dalam bilik OT tadi. Dia juga share beberapa keping gambar operation yang sempat dia snap untuk aku dan husband. Sedihnya tengok daris dalam keadaan tak sedar dan perutnya dibelah :-(
Gambar yang dikongsi oleh Dr. Syariz
Doktor bagitahu yang dia memang sengaja tak bagitahu aku dan suami bahawa terdapat 2 saluran darah utama berhampiran tempat yang dibedah. Means pembedahan yang dibuat sangat berisiko. Dia faham sedangkan dapat tau nama penyakit pun kami dah tentu arah ni kan plak kalo dia cerita risiko2 yang ada. Apa2 pun aku dan suami sangat berterima kasih dengan Doktor Syariz yang sedaya upaya membantu kami walau pun keadaan doktor sendiri pun tak berapa sihat.

Tak lama lepas tu aku nampk daris dibawa keluar dari bilik OT. Doktor bagitahu yang daris akan di letakkan di ICU untuk tujuan pemantauan sekurang2nya 24 jam. Di ICU hanya aku sorang je boleh tunggu so yang lain akan balik rumah. Zahra punya la menangis sebab aku tak ikut sekali. Oh ye lepas daris dah sampai wad ICU kami semua yang ada boleh masuk tengok tapi berdua2. Bila tgk je keadaan daris yang sekejap mata buka sekejap tutup mase tu perasaan aku gembira ada sedih pun ada. Nurse bagitahu daris sekarang on morfin so keaadaab dia seperti orang laloq.

Tapi bila aku masuk dia boleh cam aku dan dia mula merengek2 kecil. Agaknya nak bagitahu aku yang dia rasa sakit :-( ibu paham sayang..sayang kena kuat untuk sembuh cepat. Kesian zahra dia tak dapat tengok daris. Kanak2 bawah 12 tahun tidak dibenarkan. Zahra tak habis2 tanya mana adik dia and bila aku cakap nurse ambil dia marah sangat :-) satang dia dekat adiknya tambah2 dia tahu adik dia sakit. Zahra panggil adiknya superwing sebab dua2 tangan adiknya berbalut. Zahra..zahra..:-)
On morfin. Puting peneman adik.
Daris demam skit
Alhamdulillah sepanjang di ICU daris sangat stabil and sekejap je demamnya. Doktor kata demam tu biasa. Biasa doktor risau bila hari ke 5 dan ke atas sebab luka operation dalam proses pemulihan. Malam doktor datang ICU and dia maklumkan sekiranya daris maintain stable esok dah boleh pindah wad biasa.

30/9/2016 (Jumaat)

Alhamdulillah. Jam 10 pagi daris dah boleh masuk wad biasa dan kali ini kami diletakkan di hadapan kaunter nurse sebab daris still on morfin tapi dos yang sedikit. Suami aku dan zahra mula berkampung balik di wad macam sebelum ini. Zahra hepi tapi bila aku tunjuk tempat operation adiknya dia takut and dia macam dapat rasa kesakitan adik dia. Tak habis2 cakap "kesian adik" u are so smart my girl hope kak long sayang adik sampai bila ye :-)
Pindah ke wad biase semula
Tiub kat hidung dah bukak.
Ibu hepi :-)
Daris masih berpuasa dan hanya masuk air & antibiotik je. Doktor kata sekurang2nya 5 hari. Aduh kesiannya anak ibu. Jaga daris lepas operation agak mencabar. Cabaran dari segi mental. Sebabnya daris tak boleh makan atau minum. Bila dia nampak botal air or nampak kakaknya minum susu dia akan menangis semahu2nya. Aku sedih sangat sebab aku tahu dia lapar dan haus. Apa yang aku buat aku basuh pacifier dia then suap kat mulut. boleh nampak dia sedut sisa2 air tu :-( Keadaan tu berlarutan sehingga hari ahad. aku tak sabar nak tunggu hari daris boleh makan. At least boleh minum!

Daaa...

**bersambung part 6**


No comments:

Post a Comment