Aku tak pasti samada aku ni tak pandai manage masa atau aku memang sibuk huhu. Rasanya ini part terakhir dan akan menjadikan satu kenangan yang lengkap untuk anak2 aku kelak especially Daris :-)
2 Oktober 2016 (Ahad)
Alhamdulillah Doktor dah benarkan daris minum itu pun air gula yang diberi oleh nurse dan kuantitinya hanyalah 2oz! bayangkanlah daris biasa minum 5@6oz and now dia perlu minum air gula 2oz sahaja. Sedih hati aku bila air tu tak cukup dan dia meronta2 minta air lagi. Air gula seterusnya adalah 2 jam kemudian. Selepas 4 kali cycle air gula diberi, daris dibenarkan minum susu tetapi dengan kuantiti dan tempoh masa yang sama. Again daris masih tak puas jugak. Alhamdulillah so far setelah minum kesihatan daris tiada apa2 masalah so doktor decide daris boleh minum susu dengan kuantiti dan tempoh masa yang normal dengan kata lain seperti biasa. Im so happy! :-)
3 Oktober 2016 (Isnin)
Aku excited sangat masa suapkan daris. Masa tu menunya carrot and labu. Daris sangat berselera dan sebelum operation aku tak pernah tengok dia makan seselera macam tu. Hampir satu mangkuk! Dan hari ini jugak baru aku tengok muka dia dah tak stress dan 1st time lepas operation aku tengok dia senyum and of cos aku tak nak missed that smile :-) :-)
Happy dah boleh minum & makan |
4 Oktober 2016 (Selasa)
Setelah berkampung hampir 9 hari kami sekuarga balik ke rumah semula. Aku memang tak sabar nak balik and kakak pun nampak dia dah rindu dengan rumah and toys nya hehehehe. Aku still continue cuti sampai jumaat coz aku nak monitor daris sepenuhnya sebelum bagi pengasuh jaga. Risau kalo2 kat rumah daris sakit. Tapi yang aku perasan daris hanya berkerekot mukanya selepas mandi. Mungkin rasa pedih. Bila tak boleh bercakap lagi itu yang buat aku lagi lebih risau.
Yeay!!!! Boleh balik rumah |
Terima kasih semua!!! |
Terima kasih Dr Syariz Izry |
Terima kasih Dr Azmil (pakar bius) |
Daaaa...
No comments:
Post a Comment