![]() |
Ceramah disampaikan oleh PU Mizi |
Untuk kali ini penceramah jemputan adalah PU Mizi. Sesiapa yang follow pencetus ummah tahun lepas pasti tau macam mana cara penyampaian PU Mizi ni kan?sangat santai sempoi dan pada aku mesejnya memang sampai cuma berbalik pada kita ni samada nak buat atau tidak je. 😊😊😊
Korang perasan tak tajuk di atas MAULID bukan MAULUD?haaaa...actually aku dengar ceramah ni baru aku tau kisahnya. Kalau korang perasan kita selalu dengar especially orang2 tua ckp "jom dengar ceramah maulud" "jom join org surau buat maulud" dan aku pun terikut2 maulud nabi tu.☺☺☺
So hari tu PU Mizi kongsikan maulud tu adalah perkataan arab yang bila diterjemahkan maksudnya "buat anak" (lebih kurang sbb aku tak rekod so aku ambik main point). So cuba korang gantikan maksud maulud tadi tu dalam dialog yang aku kasi di atas tadi 😅😅😅😅
Hahahaha ketawalah kami satu auditorium bila tau hal sebenarnya. So yang betulnya adalah maulid. Maulid nabi. ☺☺
Beberapa perkara yang aku dapat pick up masa ceramah tu adalah cara atau bagaimana kita nak mencintai rasul kita. So let's check it out! (Sorry terlewat share the info..janji di insta aritu bukan main 😣)
1. Kita perlu mencintai rasul lebih dari diri sendiri. Cth: jika rasul dikutuk dan dicaci adakah kita akan kedepan melawan?kalau jawapannya tidak means kita belum mencintai rasul sepenuhnya.
2. Membuat perkara yang disukai rasul dan meninggalkan perkara yang dibenci oleh rasul. Cth: yang dibenci mengumpat tapi kita tau kan sikap diri masing2 pasti ada buat juga. Takpa no need to admit here juz try to avoid this attitude ☺
3. Banyak buat selawat ibrahimiyah. Actually kita yang beragama islam of course dalam sehari kita buat selawat ini. Wajib 5 kali sehari iaitu selawat di tahiyat akhir. Mesti korang tak perasan kan?hihihi. No worries aku pun baru tahu. Takpa. Hari ini tambah satu ilmu kita kan?☺
![]() |
Selawat ibrahimiyah |
5. Rasa rindu dengan nabi. Rasanya semua antara kita tahu macam mana rasa rindu kan?cth: anak2 berjauhan pasti si ibu akan merindui anak2nya. Jadi sudah tentu kita tau bagaimana perasaan rindu itu. Cuba tanya diri sendiri pernahkan kita merindui rasul kita?jika belum takpa. Masih belum terlewat untuk kita merasainya. Cuba kita kenal dahulu rasul kita dengan lebih mendalam. Selepas kenal sudah tentu kita akan jatuh hati dan sudah pasti kita akan merindui baginda 😢😢😢
Semoga perkongsian yang sangat sedikit ini amat bermakna untuk semua.
Daaaa....
No comments:
Post a Comment