Masih ingat tak aku pernah post pasal buku-buku yang aku beli awal tahun haritu. Sebenarnya sekarang ni dah 3 buah buku aku khatam cuma tak berkesempatan nak review ketiga-tiganya dalam blog ni 😔
Hari ini aku review dulu buku pertama yang aku baca. Bila dah habis baca buku ni aku tertanya-tanya mana nak cari diagnosis yang pertama sebab masa beli aritu buku tu dah sold out 😔
Dalam buku ni ada pelbagai tajuk yang ditulis oleh doktor-doktor yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. Satu lagi yang buat aku suka buku ni banyak istilah-istilah perubatan yang digunakan biasa aku dengar (almaklum la aku ni selalu juga keluar masuk wad samada jaga mak atau anak) then aku faham dah maksudnya sekarang sebab ada foot note yang diberi so dont worry guys 😄😄😄
Tapi dalam banyak-banyak tajuk tu aku share sikit beberapa cerita yang telah menyentuh qalbuku ini so lets check it out 😊😊😊
![]() |
Dr Azah #bintang |
![]() |
Dr Aizzat #norad |
Cerita norad ni pun buat aku tersentuh. Situasi di mana seorang doktor dalam keadaan yang sangat cemas untuk menyelamatkan mangsa kemalangan dan pada masa yang sama (doktor sedang buat operation) beliau dimaklumkan isterinya yang sedang sarat berada di kecemasan kerana kemalangan. Doktor juga manusia biasa. Jika kisah tersebut benar-benar berlaku bagaimana la agaknya keadaan doktor tu sekarang sebabnya dalam kisah ini wifenya meninggal dunia. Ketika dia masuk ke emergency isterinya telah tidak bernyawa tetapi Allah gantikan isterinya dengan anak yang sempat dilahirkan.
![]() |
Dr. Beni #atimelessstory |
![]() |
Dr. Anwar Faizal #e-boo |
So guys itu la serba sedikit review diagnosis 2. Banyak pengajaran dan teladan yang aku dapat. Doktor hanya perantara antara Allah dan pesakit. Seharusnya kita mohon dulu dengan Allah atau lebih rapatkan diri lagi dengan Allah agar penyakit yang dialami dapat sembuh. Doktor pula hanya membantu berdasarkan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah. Tapi aku faham kita ni manusia biasa dan bila berada dalam situasi cemas kita mengharapkan doktor yang utama untuk buat yang terbaik untuk pesakit bukannya Allah (untuk ingatan diri ini juga).
Apa-apa pun yang pasti aku kena cari juga diagnosis 1. Kedua-duanya adalah best seller. And one more thing now aku baru habis diagnosis fobia dan apocalips dan banyak kisah-kisah dalam apocalips yang ada kaitan dengan diagnosis 2 (seolah-olah ada scene flash back pula). So kalau tak baca yang ni mungkin tak berapa nak feel masa baca apocalips tu 😜😜😜
Selamat membaca ☺☺☺
Daaa...
No comments:
Post a Comment