Thursday 10 October 2013

::: 3rd Anniversary :::

Hehehehe...dah seminggu baru nak cite...2 Oktober 2013 genap 3 tahun perkahwinan aku dengan si dia (ceewaahhh! hehehe)..selama 3 tahun ni pelbagai ujian dan cabaran yang kami lalui..kalo org yang dah puluh2 tahun tu..lagi la kan...

Walau pun kami suami isteri masing2 ade kelemahan dan kelebihan yang tersendiri tapi Alhamdulillah...masing2 dapat menerimanya dengan baik..Tahun ni kami bersyukur kerana adanye Zahra yang memeriahkan lagi hubungan suci kami ni =) Cume tahun ni tak berkesempatan nak pegi mana2..dok umah je...makan pun tapau je..hehehe

Aku ni bukan yang jenis romantik..tapi tringin nak tujukan puisi ni untuk hubby (padahal hubby aku tak penah pun baca blog ni..huhu)..tak kisah la..mane tau satu hari nanti kalo die terbace puisi ni mesti die terharu (ye ke terharu??ntah2 gelak besar ada la kot..bininye tetibe ting tong..hehehe)

Abang...
Dikau telah ditakdirkan untuk ku
Walau pun cara perkenalan kite tak berapa besh
Tapi kite kena akur dengan ketentuan-Nya
Kerana Dia lebih bijak dan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ...

Abang.....
Sedar tak sedar dah 3 tahun kite melayari bahtera kita yang kecik ni
Besar lah harapan sekiranya kite dapat membesarkan lagi Bahtera ni
Untuk kesenangan di hari tua kelak..Insya Allah
Semoga kite sentiasa luving meluving antara kite

Abang...
Sekiranya diriku ini ditakdirkan pergi dulu darimu
Ketahuilah bahawa aku sangat3 menyayangimu dunia & akhirat
Halalkan makan minum ku dan ampunkan dosa2ku
Kerana syurgaku kini di bawah tapak kakimu

Abang...
Terima kasih di atas segala-galanya
Walau pun kau bukanlah lelaki seperti yang aku harapkan macam dalam novel @ mcm Song Seung Hun
Tetapi kau adalah insan yang Allah pilih untuk diriku
Dan aku sangat bersyukur dengan pilihanNya
Terima kasih Ya Allah kerana telah memberikanku suami yang bernama 
Mohd Azwan bin Suhaimi

p/s: Coretan di atas adalah secara spontan..mohon maaf sekiranya puisi di atas telah mengganggu emosi anda..hehehe

Hari persandingan pada 3 Oktober 2010

Huneymun.....Pulau Pangkor
Bertiga...sila abaikan saiz badan kami...hehehe
Daaaaa...

2 comments:

  1. HAHAHA aku yang gelak besar dulu..alahai romantik juga nani ni ya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...uwwweekkkkk!!!...nani pun bile bace balik nak terguling2 plak rasenye...hehehe...=b

      Delete